Azlan Shah menang Anugerah Emas IKRAM Muda

SERI KEMBANGAN – Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Emas IKRAM Muda dalam Majlis Above & Beyond (A&B) Youth Awards 2021 pada Sabtu.

 

Beliau merupakan finalis dalam kategori IKRAM Muda MVP (Most Valuable Player) Award iaitu anugerah tertinggi dalam IKRAM Muda yang mengambil kira pencapaian, penglibatan dan aktivisme calon untuk manfaat masyarakat.

 

Selain Azlan, lima finalis lain dalam kategori ini ialah Dr Nor Aisyah Zainordin (doktor, penulis & penerbit buku), Nurul Syifaa’ Zameran (AJK IKRAM Australia & Aktivis SAYA), Ahmad Mu’az Nawawi (Pengurus MAHA Lawyers & AJK MUBIN), Mohd Najib Razali (pensyarah & penyelidik), Raja Nor Azrin Raja Yunus (pensyarah politeknik & presiden kesatuan pegawai pendidikan) dan Dr Daniel Iqram (Dr Rockstar dan pengarah Spektramuzika).

 

Azlan berkata dalam satu hantaran Facebooknya, beliau menghargai pencalonan dalam anugerah tersebut dan melihat kemenangan dalam anugerah itu sebagai tanda sangka baik dan kebaikan kenalan dan sahabat-sahabat yang beliau kasihi.

 

“Satu perkara yang saya amat pasti ialah saya tidak layak. Saya kenal demikian banyak rakan-rakan yang jauh lebih layak dalam perkumpulan dakwah kita ini,” ujarnya yang juga ahli IKRAM Cyberjaya.

 

Beliau mendoakan semoga Allah Asy-Syakur (Yang Maha Menghargai) menambahkan kebaikan kepada rakan-rakan yang mungkin tidak begitu dikenal penduduk bumi, namun amal baik mereka terkenal dalam kalangan penduduk langit.

 

Mengenai majlis ini, beliau menyifatkan ia satu platform yang unik bagi mengeratkan ukhuwah, menyuntik motivasi dan dorongan kepada anak-anak muda IKRAM dengan pelbagai pengiktirafan dan anugerah melibatkan hampir 30 bidang dan lapangan ilmu, dakwah dan aktivisme.

 

“Satu pembaharuan yang segar bagi sebuah gerakan dakwah dan kebajikan untuk menganjurkan acara berskala besar dan ‘ceremonious’ seperti ini,” jelas Azlan.

 

Dalam pada itu, pakar perubatan kecemasan, Dr Mohd Afiq Mohd Nor yang juga ahli IKRAM Shah Alam menjadi peserta tunggal yang memenangi dua anugerah dalam majlis ini iaitu Career Achievement Award (Anugerah Pencapaian Kerjaya) dan Frontliner of the Year Award (Anugerah Petugas Barisan Hadapan).

 

Majlis anugerah gilang-gemilang secara maya yang julung kali dianjurkan itu dihadiri lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli IKRAM Muda di Malaysia dan luar negara antaranya Australia, China, Ireland, Jepun, Mesir, New Zealand, Perancis, Sudan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

 

Secara keseluruhannya, terdapat 34 pemenang anugerah mengikut kategori masing-masing. Berikut adalah senarai penuh pemenang dalam majlis tersebut:

  1. IKRAM Muda MVP Award: Azlan Shah bin Nabees Khan
  2. Young Turk Award: Muhammad Fikri bin Ahmad
  3. Female Icon Award: Dr Wardah binti Mustafa Din
  4. Young Parents of the Year Award: Maryam binti Jailani & Ahmad Fadhli bin Mohd Fauzi
  5. Hamzah Asadullah Award for Excellence in Sports: Abd Rahman bin Roslan
  6. Al-Biruni Award for Excellence in STEM: Dr Hajar Fauzan bin Ahmad
  7. Syed Qutb Literary Award: Nik Fatma Amirah binti Nik Muhamad
  8. Muhammad al-Fateh Young Influencer Award: Dr Ahmad Samhan bin Awang
  9. Dakwah Media Excellence Award: Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar
  10. Excellence in Art and Culture Award: Nurus Syamilah binti Amir Hamzah (Nour Amir)
  11. Abdul Rahman ibn Auf for Entrepreneur of the Year: Nur Zahirah binti M Sukran
  12. Usamah ibn Zaid Award for Officer of the Year: Md Khairudin bin Hasim
  13. Career Achievement Award: Dr Mohd Afiq bin Mohd Nor
  14. Abdullah ibn Mas’ud Award for Excellence in Hamalatul Quran: Nu’man Hani bin Jamal
  15. Mustafa Masyhur Educator Award: Muhammad Haikal bin Mohd Hedzir
  16. Humanitarian of the Year Award: Dr Siti Noor Munirah binti Ibrahim
  17. Ibn Abbas Young Scholar Award: Khubaib bin Muhamad Asmadi
  18. Ibn Battuta Adventurer Award: Mohammad Amar bin Masuri
  19. Mus’ab ibn Umayr Award for Outstanding Contributions to Muslim Revert Communities: Nur Alya Humaira binti Usun Abdullah
  20. Frontliner of the Year Award: Dr Mohd Afiq bin Mohd Nor
  21. Creative Event Award: Abdul Aziz bin Khamaruzaman
  22. Thriving Initiative Award: Muhammad Abu Bakar bin Mohd Hanafi
  23. Fazlun Khalid Prize for Environmental & Conservation Achievements: Siti Hawa binti Zainal & Dr Maisarah binti Tajuddin
  24. Start Up Business Initiative Award: Muna Majidah binti Zameran
  25. Varsity Icon Award: Dayang Nur Maisarah binti Abang Abdul Razak
  26. Young Intellectual Award: Raja Akif bin Raja Zahirudin
  27. Fatimah al-Fihri Award for Outstanding Leadership: Muhammad Amin Mubarak bin Mohd Junid
  28. Extracurricular Excellence Award: Nur Izzah binti Fakharuldin
  29. Best IKRAM International Chapter Achievement Award: ARIF France
  30. Tariq ibn Ziyad Prize for Outstanding Project by an IKRAM International Chapter: One Plus One by Usrah BB
  31. Recognition Award for Outstanding Contributions in KDM (Kader Du’at Musleh): Ahmad Syafiq bin Yusof
  32. Recognition Award for Outstanding Contributions in KDM: Afif Aliyana binti Abu Fitri
  33. Recognition Award for Outstanding Contributions in KDM: Irfan bin Masiri
  34. Recognition Award for Outstanding Contributions in KDM: Maryam Rufaidah binti Zainal Abidin

 

Uniknya, semua peserta dihadiahkan dengan ‘Care Package’ berupa bungkusan set cenderamata yang dihantar oleh IKRAM Muda sebelum majlis bermula dan mereka boleh meneroka secara maya pameran ‘booth’ agensi dan penaja semasa majlis berlangsung.

 

Majlis A&B Youth Awards ini diserikan lagi dengan persembahan muzik oleh kumpulan Strides, cabutan bertuah serta aksi segar dan celoteh ceria pengerusi majlis oleh adik-beradik Fidaa’ Fahmi dan Farhah Fahmi serta pasangan Aqil Junaidi dan Nurul Aiman Mohd Khir.

 

Tahniah kepada semua para pemenang, terima kasih kepada semua peserta yang memeriahkannya dan setinggi penghargaan kepada para penyumbang dan penaja.

 

Sekalung tahniah juga buat IKRAM Muda yang diterajui Ketuanya Mohd Hafiz Abd Hamid dan Timbalannya, Dr Syamimi Saadon serta pasukan penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini yang diketuai Amirah Dayana Azlan.

 

Semoga majlis ini diteruskan secara berkala bagi mencetuskan inspirasi buat anak muda IKRAM untuk menyumbang secara optimum demi manfaat masyarakat dan negara, insya-Allah.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia