Kanak kanak Yaman yang terabai

Kerabat Saudi, Sattam bin Khalid al-Saud membalas ciapan Twitter Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lebih dikenali sebagai UNICEF.

 

Beliau membangkitkan isu pelajar-pelajar di Yaman serta menunjukkan beberapa perkara yang tidak diendahkan organisasi terbabit.

 

“Lebih dua juta pelajar dilarang pergi ke sekolah kerana kemiskinan, konflik, ketiadaan peluang belajar dan pandemik Covid-19 yang menghalang pendidikan mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai hak pendidikan,” ujar UNICEF melalui statusnya.

 

Berikutan itu, Sattam membalas status tersebut dengan menyatakan:

“UNICEF mengabaikan keselamatan kanak-kanak daripada ketenteraan Houthi secara terang-terangan serta mengabaikan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, memaksa kanak-kanak untuk berkahwin pada usia muda.”

 

Pada awal Ogos lalu, mahkamah tentera di Yaman mengeluarkan keputusannya untuk mengenakan tindakan terhadap isu yang diketengahkan.

 

“Pendakwaan umum tentera tersebut telah menyatakan, Abdul-Malik Badr al-Din al-Houthi dan 173 yang lain melakukan rampasan kuasa tentera terhadap rejim republik.”

 

Mahkamah itu juga mendakwa Houthi melakukan rampasan terhadap pihak berkuasa yang sah dan berperlembagaan, pengintipan oleh negara asing (Iran) serta mereka yang melakukan jenayah ketenteraan dan perang.

 

Hancur jika tidak diselamatkan

 

Menurut laporan Yemen Five Years On: Children, Conflict and Covid-19 yang dikeluarkan oleh UNICEF menunjukkan lebih lima tahun sejak konflik meningkat di negara itu, memperingatkan bahawa sistem kesihatan dan infrastruktur Yaman akan hancur jika tidak diselamatkan.

 

Laporan itu juga menekankan bahawa perkhidmatan air dan sanitasi penting untuk 3 juta kanak-kanak serta komuniti mereka akan berhenti berfungsi jika ketiadaan dana USD45 juta.

 

Ini memberi kesan negatif kepada lebih 2 juta kanak-kanak yang kekurangan zat makanan, menjadikan status pemakanan mereka berisiko dan rosak sekiranya bekalan bantuan terputus.

 

Kanak-kanak akan mati

 

Menurut laporan itu lagi, 30,000 kanak-kanak akan mengalami kekurangan zat makanan akut hingga mampu mengancam nyawa dalam tempoh enam bulan ke depan, dan jumlah anak yang kekurangan zat makanan di bawah usia lima tahun boleh meningkat kepada 2.4 juta – hampir separuh daripada semua kanak-kanak di bawah umur berusia lima tahun, yang meningkat sekitar 20 peratus.

 

Selain itu, sebanyak 6,600 kanak-kanak di bawah usia lima tahun akan mati akibat penyebab yang tidak dapat dicegah iaitu peningkatan sebanyak 28 peratus.

 

“Kami tidak dapat melebih-lebihkan skala darurat ini kerana, dalam krisis kemanusiaan terburuk di dunia, kanak-kanak berjuang untuk bertahan ketika Covid-19 berlaku,” kata wakil UNICEF di Yaman, Sarah Bisolo Nyanti.

 

Beliau berkata, sekiranya tidak mendapat dana yang sewajarnya, anak-anak akan menuju ke ambang kelaparan dan ramai daripada mereka akan binasa dan masyarakat antarabangsa akan menghantar mesej bahawa kehidupan anak-anak di sesebuah negara yang dilanda konflik, penyakit dan keruntuhan ekonomi hanya perkara biasa.

 

Sistem kesihatan Yaman hampir lumpuh

 

Laporan itu juga menunjukkan bahawa sistem kesihatan di Yaman semakin lumpuh dan hampir runtuh. Setelah bertahun-tahun konflik, hanya separuh daripada kemudahan kesihatan yang berfungsi, dengan kekurangan ubat, peralatan dan kakitangan.

 

Kekurangan kemudahan air dan sanitasi juga mendorong penyebaran Covid-19. Kira-kira 9.58 juta kanak-kanak tidak menikmati kemudahan yang mencukupi untuk mendapatkan air, sanitasi dan kebersihan tempat yang selamat.

 

Laporan UNICEF itu juga menunjukkan bahawa 7.8 juta kanak-kanak tidak dapat meneruskan pendidikan mereka kerana tindakan penutupan sistem pendidikan.

 

Ini menyebabkan kanak-kanak berisiko lebih tinggi untuk pengambilan pekerja dalam kumpulan bersenjata dan perkahwinan anak.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendokumentasikan pengambilan dan penglibatan sebanyak 3,467 kanak-kanak, antaranya yang berumur 10 tahun dalam angkatan bersenjata dan kumpulan ketenteraan sejak lima tahun terakhir ini.

 

Kesan dan akibat

 

Laporan itu memberi amaran bahawa jika USD54.5 juta dolar tidak diterima untuk perkhidmatan kesihatan dan pemakanan, sebanyak 23,500 kanak-kanak akan menderita kekurangan zat makanan akut hingga menyebabkan peningkatan risiko kematian.

 

Laporan itu juga menyatakan, sehingga 1 juta kanak-kanak tidak akan mendapat suplemen mikronutrien dan vitamin A penting dan 500,000 ibu mengandung dan menyusui akan kehilangan sokongan pemakanan penting termasuk nasihat memberi makan bayi dan anak kecil, asid folik dan suplemen zat besi.

 

Selain itu, terdapat lima juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak diberi imunisasi terhadap penyakit merbahaya, 19 juta orang pula akan kehilangan akses kepada rawatan kesihatan, termasuk 1 juta ibu mengandung dan menyusui dan bayinya.

 

Dana yang diperlukan

 

Secara keseluruhannya, UNICEF menganggarkan sebanyak USD461 juta untuk kelangsungan  kemanusiaannya di Yaman, dengan tambahan USD53 juta pula untuk respons Covid-19. Setakat ini, rayuan Covid-19 hanya 10 peratus, sementara rayuan kemanusiaan hanya 39 peratus daripada itu telah diterima.

 

“UNICEF bekerja sepanjang masa dalam situasi yang sangat sukar untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yang sangat memerlukannya, tetapi kami hanya mempunyai sebahagian kecil dana yang diperlukan untuk melakukan semua itu,” jelas Nyanti.

 

Beliau menambah bahawa kanak-kanak di Yaman memerlukan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di negara mereka.

 

“Untuk itu, kita mesti melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak tersebut.”

 

UNICEF turut bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pihak berkuasa di seluruh Yaman untuk memberikan bantuan menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang sangat memerlukannya.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia