Anak teruja ingin ke sekolah

“Antara lain, sekolah ini ada suasana yang menarik dan pelajaran agama yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil lagi,” demikian ujar bapa muda ini, yang masih menantikan anaknya di luar bilik darjah.

Dalam tinjauan IKRAMedia ke SRIAAB mendapati, rata-rata pelajar Tahun Satu sangat gembira dan berusaha meyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan-kawan baru, memandangkan ibu bapa mereka tidak ramai menunggu lama selepas pendaftaran dilakukan.

“Boleh jadi kerana persekitaran yang Islamik, suasana yang baik, pergaulan murid dan guru yang sangat bagus, menjadi faktor ibu bapa berusaha menghantarkan anak-anaknya di sekolah ini,” kata Muallimah Nurul Aina, yang telah lima Tahun berkhidmat di sekolah ini.

Beliau yang mengajar Tahun Satu dan Tahun Tiga bagi subjek Tulisan Jawi, Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Seni berkata, tahun ini kemasukan pelajar untuk Tahun Satu meningkat, namun kemasukan ke sekolah ini agak terhad.

    

Suasana di sekolah dan gelagat sebahagian pelajar baharu

“Anak saya sangat excited dan tidak sabar nak pergi Sekolah Al-Amin Bangi hari ini,” ujar Puan Normaizana yang mana anak sulungnya menjadi pelajar Tahun Satu di SRIAAB ini. Tambahnya lagi, dia tidak menangis sebagaimana kebiasaan anak-anak lain pada hari pertama ke sekolah.

“Sekolah ini menjadi pilihan untuk anak saya ini sebab, insyaa-Allah dengan belajar di sekolah ini, anak saya akan mendapat bekalan dunia dan akhirat yang cukup serentak,” kata ibu kepada Mohd Danish Danial Roslizam.

Dalam liputan tersebut, Timbalan Guru Besar, Muallimah Bayyani Mohamad berkata pelajar yang diterima masuk pada kali ini adalah seramai 160 orang daripada lima kelas.

“Penerimaan itu dihadkan kerana di setiap kelas terdapat seramai 30 hingga 32 orang pelajar.”

Dengan sambutan yang amat baik dan membuatkannya terharu dengan penerimaan masyarakat yang berpusu-pusu menghantar anak mereka ke sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH ini, Bayyani melihat masa depan yang cerah untuk sistem pendidikan alternatif berteraskan al-Quran dan Sunnah di SRIAAB.

Pelbagai reaksi dan gelagat pelajar-pelajar dapat dilihat pada hari pertama ini selain perbezaan daripada segi pakaian. Sesi sekolah rendahnya juga berbeza dengan sekolah kebangsaan. Di sini, kelas bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 3.30 petang. Pembelajarannya pula disepadukan antara subjek-subjek akademik dan syariah.

Tinjauan IKRAMedia juga mendapati hari pertama persekolahan bagi kira-kira 160 murid Tahun Satu ini menjanjikan lembaran pengalaman yang unik. Walaupun tampak bungkam dengan dunia baru, guru-guru dan kawan-kawan baru, mereka sebenarnya teruja dapat bergaya dengan pakaian sekolah baru yang serba biru, berbeza dengan uniform sekolah kebangsaan yang berwarna biru dan putih.

FB IKRAM MUSLEH

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia