Anak muda santuni Rohingya, orang asli dan gelandangan

Bertemakan “To Love, To Give and To Smile”, program ini digerakkan oleh 36 orang sukarelawan terdiri daripada mahasiswa, belia, penjawat awam dan swasta, juga beberapa sukarelawan warga Indonesia, Jordan dan Pakistan.

Program ini dianjurkan bersama Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Siswa Nasional (ISN), Universoul.my, Sejahtera.Co, Geng Islamik Gempak (GIG) Ipoh, UNRIBA, BDNG, Yayasan Ilham Budi, Universiti Putra Malaysia, TheGagaks dan juga Unit Penokohan Belia (SHIELD). 

Program yang berlangsung serentak di Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Ipoh ini turut mendapat sokongan kerjasama daripada Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu yang telah mengagihkan sumbangan mereka melalui program ini.

Menurut Pengerusi JK Khidmat Masyarakat ISN, Husna Assaedah Bain, program bermula pada jam 2.00 petang dan dimulakan dengan sesi pertama pengagihan sumbangan di Kampung Johan Setia, Klang. 

“Ia melibatkan penyerahan keperluan barangan dapur kepada hampir 300 keluarga pelarian Rohingya yang sebelum ini belum pernah disantuni oleh mana-mana NGO luar,” jelasnya.

Setelah selesai agihan, sukarelawan dibawa melawat ke sekitar kampung untuk melihat keadaan rumah pelarian-pelarian di sini. 

    

Agihan bantuan, projek mini perpustakaan dan lawatan di penempatan Rohingya

“Amat mengejutkan apabila sukarelawan dilihatkan dengan keadaan yang sangat daif seperti rumah sekadar menggunakan plywood dan kayu-kayu lebihan dan terdapat juga pelarian yang menyewa rumah yang agak sempurna, namun dikongsi dengan tiga hingga tujuh keluarga untuk sebuah rumah,” tambahnya.

Selain itu, sukarelawan sempat mengadakan sesi perkongsian bersama anak-anak pelarian Rohingya dan juga melaksanakan Projek Mini Perpustakaan dengan buku-buku hasil sumbangan orang ramai sebagai satu sumbangan berkekalan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak Rohingya yang bersekolah dan tidak bersekolah.

“Melihatkan keadaan daif dan serba kekurangan pelarian Rohingya di sini sebenarnya memberi banyak kesedaran dan pengajaran kepada para sukarelawan untuk lebih bersyukur atas kesenangan yang dimiliki.”

Selain itu, kata Husna, ada juga sukarelawan yang telah bercadang untuk melaksanakan projek berpanjangan di sini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat pelarian ini.

    

Bersama masyarakat orang asli

Seterusnya, Light the Night 4.0 menyantuni golongan orang asli di Kampung Orang Asli Sungai Buloh untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan juga tarawih berjemaah serta moreh bersama masyarakat orang asli di sini. 

“Turut diagihkan ialah sumbangan duit raya, hadiah permainan kepada kanak-kanak dan agihan baju raya serta biskut raya kepada kaum ibu.” 

Pada penghujung program, sukarelawan dibawa ke bandar raya Kuala Lumpur untuk agihan makanan kering kepada gelandangan. Hampir 300 pek makanan berupa mi segera, air mineral, biskut dan air kotak diagihkan bertujuan untuk memberi bekalan kepada gelandangan pada awal Syawal dan boleh digunakan sepanjang hari raya nanti. 

Pengarah Light The Night 4.0, Muhammad Faris Zaidi berkata, golongan gelandangan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan kering ini bertujuan untuk disimpan pada pagi hari raya. 

“Kami hanya menyediakan beberapa pek mi segera di setiap bungkusan. Sedikit di mata kami, namun mungkin amat besar nilainya di mata mereka,” ujar beliau.

Program ini berjaya mengumpulkan hampir RM10,000 jumlah sumbangan terkumpul di Kuala Lumpur dan Ipoh sepanjang dua minggu kempen mengumpul dana dijalankan, termasuk tajaan pengangkutan lori daripada AKMovers, makanan, buku-buku dan lain-lain oleh pelbagai pihak. 

Sekalung penghargaan atas keprihatinan sukarelawan anak muda. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu makna dan pengajaran buat semua yang terlibat, memberi senyuman buat semua penerima sumbangan dan diberi sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat, insya-Allah.

Lagi foto LTN 4.0: http://bit.ly/2ssivmm

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia