Anak muda bangunkan umat cetus perubahan

“Kita hidup dalam masyarakat yang majmuk, maka sebab itu kita perlu melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak, kerana ia bertepatan dengan tugas kita iaitu memimpin masyarakat untuk menuju kejayaan,” kata beliau semasa merasmikan Konvensyen Mahasiswa IKRAM Internasional (KONSISTEN) 2017.

Di samping itu, beliau berharap anak muda seperti para mahasiswa Malaysia di luar negara yang menyertai KONSISTEN 2017 ini terus komited untuk meningkatkan iman dan beramal di jalan dakwah sama ada di luar atau dalam negara.

Para peserta KONSISTEN 2017

Bertemakan “Ikhlas, Cinta dan Kontribusi”, seramai 260 orang peserta menyertai konvensyen yang berlangsung tiga hari pada 21 hingga 23 Julai lalu anjuran Jawatankuasa Seberang Laut (JKSL) IKRAM  yang bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).

Konvensyen kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM. Selain Dr Parid, turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hj. Burhanuddin Lukman, Setiausaha Agung, Hj. Nahar Md. Nor, Ketua Wanita, Datin Paduka Hjh. Che Asmah Ibrahim dan Pengerusi JKSL, Dr. Hj. Azman Ali serta beberapa Ahli JKP dan JKP Wanita lain.

Slot Bersama JKP IKRAM

Menurut Pengarah KONSISTEN 2017, saudara Abdur Rahiim Khamaruzaman, slot khas ini bertujuan bagi memberi maklumat yang tepat kepada pelajar luar negara tentang latar belakang gerakan IKRAM secara langsung daripada JKP IKRAM sendiri.

“Antara topik yang menjadi perhatian dalam konvensyen tersebut ialah  berkenaan dengan pendirian IKRAM dalam isu-isu siasah, perbezaan fahaman dan peranan mahasiswa luar negara dan integrasi siswa luar negara bersama IKRAM selepas pulang ke Malaysia.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia