Al-Aqsa Diserang: Putuskan Normalisasi Dengan Israel!

Al-Aqsa Diserang: Putuskan Normalisasi Dengan Israel! | IKRAM

KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam yang telah memeterai perjanjian dengan damai dan normalisasi dengan negara haram Israel digesa agar segera memutuskan hubungan tersebut.

Semua kerajaan terutamanya kerajaan Malaysia turut diseru untuk memberikan input kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) berkaitan jenayah aparteid dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis Israel.

Perkara itu ditegaskan oleh wakil-wakil lebih 40 NGO dalam sidang media hari ini, yang membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa pada Rabu dan Khamis lalu, manakala Gaza pula diserang pagi tadi.

Sejak hari pertama Ramadan, tentera Zionis telah menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan mengosongkannya berkali-kali.

“Yang paling kejam adalah pada malam 4 April apabila mereka menyerang jemaah, memukul lelaki dan wanita sehingga menyebabkan ramai cedera parah dan ratusan memerlukan rawatan perubatan; selain menahan ratusan lelaki. Serangan ini berulang lagi malam tadi,” kata Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha mewakili NGO-NGO yang hadir.

Jelas beliau, pihak rejim memberikan versi mereka sendiri yang memutarbelitkan peristiwa ini dengan mendakwa jemaah mengurung diri mereka di dalam masjid, sedangkan tentera Zionis yang sebenarnya menyerang jemaah dengan bom tangan ‘stun’, peluru getah dan gas pemedih mata.

“Mereka mahu mengosongkan Masjid untuk memberi laluan kepada perayaan agama Yahudi, Paskah di mana upacara penyembelihan haiwan akan berlaku.”

Menurutnya, hakikatnya keseluruhan tapak Masjid al-Aqsa adalah milik umat islam secara eksklusif. Melakukan apa-apa ritual agama adalah satu penghinaan kepada masjid ketiga paling suci umat Islam dan tindakan membahagikan Masjid al-Aqsa kepada ruang solat Muslim dan Yahudi oleh penjajah Israel adalah terbatal dan tidak sah sama sekali.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serbuan terbaru rejim Zionis Israel ke atas Masjid al-Aqsa. Kami percaya bahawa serangan semasa bulan suci Ramadan ini membenarkan sekali lagi definisi Israel sebagai entiti pengganas,” tegas Dr Kamal.

Dalam pada itu, NGO-NGO yang hadir mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan dan simpati penuh kepada saudara-saudara mereka para murabiteen yang sedang mempertahankan Masjid al-Aqsa, serta menyeru dunia agar tidak berdiam diri dan menutup mata dengan peristiwa ini.

“Komuniti antarabangsa mesti mengerahkan segala cara untuk memberikan tekanan paling kuat ke atas rejim Zionis Israel.”

Wakil IKRAM, Ustaz Abd Haris Bain menyarankan agar kempen-kempen isu Palestin digerakkan ke rangkaian sekolah-sekolah IKRAM terutamanya dan yang lain, bagi memupuk kesedaran pelajar untuk menjiwai dan memberikan sokongan kepada rakan kanak-kanak mereka di Palestin.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz turut menyarankan agar Israel perlu diberi tekanan melalui sukan. Beliau memuji tindakan tegas Indonesia baru-baru ini yang melarang penyertaan Israel ke negara itu, yang menyebabkan FIFA membatalkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun yang dipegang Indonesia dengan serta-merta.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia