Presiden IKRAM Lancar Buku “Islam Asas Rahmah”

Sudut Pandang

SERI KEMBANGAN – Sidang Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM ke-14 telah berlangsung pada Sabtu dan Ahad, 24-25 Mei yang lalu di Dewan Utama, Ibu Pejabat IKRAM.

Majlis turut diserikan dengan Ucaptama Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin yang mengulas perkembangan isu tempatan, antarabangsa dan Palestin termasuk gerak kerja terkini IKRAM.

Beliau masih menzahirkan kesedihan atas pemergian Almarhum Hj Shahrul Aman Mohd Saari pada 28 April lalu, namun yakin dengan komitmen Setiausaha Agung IKRAM baharu, Sdr Mohd Hafiz Abd Hamid untuk mengurus pentadbiran IKRAM yang lebih baik, insya-Allah.

Setelah ucaptama, Presiden IKRAM seterusnya meluncurkan buku Asas Islam Rahmah (AISAR) yang diterbitkan Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM, dalam usaha untuk mendidik masyarakat ke arah kefahaman Islam yang wasatiyy, cemerlang dan syumul.

Tidak ketinggalan, beliau turut meluncurkan novel “Antara Duri dan Bunga Cengkih” tulisan Asy-Syahid Yahya al-Sinwar terbitan Aqsa Syarif dan Risalah Harmoni, yang diterjemahkan oleh Timbalan Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Di samping menekankan aspek hala tuju strategik dan pelaksanaan aktiviti IKRAM yang cemerlang, persidangan DPN ini turut membahaskan isu-isu utama termasuk keberkesanan gerak kerja semasa, cabaran yang dihadapi serta langkah penambahbaikan untuk meningkatkan impak organisasi.

Moga persidangan ini dapat memperkukuh keberhasilan perancangan serta merealisasikan pelaksanaan yang cemerlang dalam mencapai visi Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah, insya-Allah.

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia