Pengajaran Tarbawi daripada Taufan al-Aqsa (Bahagian 2)
Peristiwa yang dilalui dan dialami oleh umat Islam bersama para pejuang di tanah Palestin menunjukkan bagaimana strategi berkesan menentang ideologi Zionis disokong oleh keimanan yang tulen.
Sebelum kemenangan para pemuda dan pemudi Palestin di medan jihad dan pertentangan antara kedua-dua tahap ketenteraan dan politik, kita dapati, seperti yang dikatakan oleh beberapa sarjana, terdapat lima asas:
- Rujukan pemikiran: diambil daripada teks wahyu.
- Pembinaan iman: persiapan rohani dan penyucian diri yang menjadikan para pemimpin murni dan bersih dalam misi mereka.
- Pandangan politik: pentingnya gerakan politik yang membuka ruang di medan peperangan.
- Kecemerlangan kualiti: indikator bagi menyertai pejuang amat ketat dengan syarat-syarat yang terkawal.
- Kompas projek pembebasan: pilihan strategi bagi pejuang dikawal oleh indikator hala tuju pembebasan yang menyeluruh.
“Taufan al-Aqsa” dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya memberi kita beberapa pelajaran:
Islam memberitahu kita bahawa tidak ada teks yang dapat direalisasikan tanpa persiapan kerana firman Allah bermaksud:
“(Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang yang dengan persiapan itu kamu menggetarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedanglkan Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya).” (Al-Anfal: 60)
Keadaan ini dicapai melalui persiapan dan wawasan.
Soalan yang timbul: Bagaimana para pejuang di Gaza bertindak dalam empat bulan yang lalu? Jawapan kepada semua ini adalah mudah, dijawab oleh Profesor Muhammad Asum: Mereka telah mengikuti jalan Rasulullah SAW dalam mentarbiah untuk cinta kepada jihad dan cinta kepada syahid dan mereka telah hidup dalam nilai-nilai iman yang agung ini.
Bersama Allah:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman). “ (Ali-Imran: 139)
“(Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (Ali-Imran: 169)
“Janganlah kamu mengatakan orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.” (Al-Baqarah: 154)
Taufan al-Aqsa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya mendorong kita untuk mengambil inspirasi beberapa pangajaran tarbawi:
Seruan agama harus mendorong umat untuk mempersiapkan diri dan bersiap sedia kerana apabila kita melihat gambaran secara menyeluruh, kita tertanya-tanya siapakah mereka yang boleh menoktahkan kewujudan negara yang memiliki senjata nuklear yang serba canggih seraya didukung pula oleh kuasa penjajah bangsat yang berupaya menghancurkan negara-negara miskin yang berpecah ini dengan hanya menekan satu butang.
Kepentingan persiapan untuk pejuang di barisan hadapan termasuklah persiapan dari sudut akidah dan iman, persiapan rohani dan psikologi, persiapan pemikiran dan akal, persiapan fizikal, persiapan keselamatan, persiapan ketenteraan, persiapan kewangan dan ekonomi, persiapan media dan propaganda serta persiapan sosial dan perkhidmatan rakyat.
Pada suatu hari, apabila Imam al-Banna ditanya tentang masa depan, beliau berkata: “Ia bermula sekarang. Tanggungjawab kamu ialah bersungguh-sungguh membentuk, mentarbiah dan menunjuk ajar generasi baharu.”
“Ajarkannya supaya merdeka hati dan jiwa serta jauh daripada pengaruh ikut-ikutan. Ajarkannya supaya merdeka akal dan pemikiran, jauh daripada kebiasaan yang diulang-ulang. Ajarkannya supaya merdeka amal dan jihad, jauh daripada kejumudan dan berputar di tempat yang sama.”
“Kerahkannya agar menjadi tentera di bawah kepimpinan Nabi dan panji-panji al-Quran… nescaya kamu akan dapati – esok – dia menjadi cendekiawan Muslim yang berjihad dengan jiwanya demi membahagiakan orang lain.”
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
Sumber artikel: Majalah Ad-Dakwah edisi khas di www.ikhwan.site m/s 47-50)