Pengajaran Tarbawi daripada Taufan al-Aqsa (Bahagian 1)

Sudut Pandang

Pengajaran Tarbawi daripada Taufan al-Aqsa (Bahagian 1)

Jihad adalah jalan… Inilah jalan yang perlu kita ikuti dan kita akan terus berusaha sehingga mencapai kekuatan yang dapat menyokong kita untuk mendaki ke tempat yang tinggi dan mengambil hak-hak kita dengan penuh penghormatan dan kemuliaan.

Dan ia merupakan pendidikan dan persiapan untuk generasi masa depan yang akan mengangkat panji kebenaran dan mempertahankan hak mereka dengan kekuatan, harga diri dan kemuliaan.

Kita harus mencipta generasi baru yang kuat dan penuh keyakinan yang akan membawa obor perjuangan dan menyebarkan cahaya kepada umat. Generasi ini perlu dilengkapi dengan iman yang kuat, kekuatan persatuan dan ketabahan untuk menghadapi segala cabaran.

Asas utama yang perlu ada ialah kekuatan iman dan akal, kemudian kekuatan perpaduan dan kesatuan yang kukuh, kemudian kekuatan tenaga dan usaha. Selepas itu, kekuatan senjata dan persiapan perang untuk berjihad. Inilah jalan untuk membangunkan umat yang kuat.

Imam Hasan al-Banna menyatakan dalam kitabnya “Risalah Taalim”, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Ketika Allah memerintahkan kita untuk berdoa, maka beliau Dia?? juga memerintahkan kita untuk berjihad.” Inilah pendirian utama dalam pembentukan dan penyediaan lelaki sejati yang mampu memenuhi tuntutan zaman yang sukar.

Sejarah lelaki yang berjaya adalah sejarah kemenangan. Sejarah umat juga menunjukkan bahawa umat yang kuat ialah umat yang menghasilkan generasi lelaki yang kuat dalam cita-cita dan tekad, lelaki yang mampu mengendalikan keadaan dalam setiap krisis dan malapetaka yang menimpa mereka.

Apa yang kita lihat dan saksikan daripada kebangkitan rakyat Gaza sekarang adalah proses kebangkitan yang menolak kezaliman dan penindasan serta mengembalikan hak kepada pemiliknya.

Ia adalah jihad, sumber kekuatan dan keupayaan umat untuk mempertahankan tanah air mereka, martabat mereka dan menghormati hak mereka untuk hidup dan bebas.

Bermula pada 7 Oktober 2023, mereka mengetahui bahawa mereka sedang melancarkan jihad yang panjang terhadap musuh iaitu Zionis, dan ia adalah langkah yang penting dan reaksi semula jadi terhadap apa yang telah mereka rancang dan rencanakan.

Ia juga merupakan langkah untuk mematahkan pengepungan di Masjid al-Aqsa, mengakhiri pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza, mengusir penjajah dari wilayah kita serta menubuhkan negara Palestin merdeka dengan ibu kota al-Quds.

Inilah langkah yang bertujuan untuk menamatkan penjajahan, memulihkan hak-hak kita dan mengembalikan maruah umat. Ia juga merupakan kewajipan terhadap diri kita, bangsa kita dan generasi yang akan datang.

Perjuangan Hamas menegaskan dalam kenyataannya: “Perjuangan ini adalah pertempuran rakyat Palestin dengan penjajah yang bermula pada 7 Oktober 2023 dan ia bukanlah permulaan. Ia bermula sejak 105 tahun yang lalu ketika Britain menjanjikan 75 tahun kepada penjajah Zionis, dan kini, setelah lebih daripada 75 tahun menanggung kesakitan, penderitaan dan kegagalan untuk mencapai kebebasan dengan aman, apakah yang harus kita lakukan? Adakah kita harus terus menunggu dan berharap kepada PBB yang tidak berdaya untuk membalas tindakan tersebut dengan sepatutnya?”

Sesungguhnya, apa yang diharapkan daripada rakyat kita adalah terus melawan, bertahan dan bersiap sedia untuk mempertahankan tanah air mereka serta hak-hak mereka yang sah. Allah bersumpah: “Dan Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang, sehingga Dia memisahkan yang buruk daripada yang baik.”

Dan Imam al-Banna berbicara kepada saudara-saudaranya: “Ingatlah selalu bahawa kamu mempunyai dua tujuan: membebaskan tanah air Islam daripada setiap kekuasaan asing dan menegakkan Daulah Islamiyah di atas asas yang baik.”

Sejarah kita dipenuhi dengan jihad yang besar ini dan Islam menyeru kepada kekuatan dan persiapan untuk berjihad dan melawan musuh-musuh kita. Kita perlu bersiap sedia dan berdiri teguh dalam menghadapi sebarang cabaran.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada umat Islam dalam usaha mereka untuk membebaskan tanah air dan memulihkan maruah umat.

Bersambung di Bahagian 2

Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

Sumber artikel: Majalah Ad-Dakwah edisi khas di www.ikhwan.site m/s 47-50)

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia