Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Riadhah Mahasiswa Institut Kemahiran MARA
‘Berikan aku 10 mahasiswa, nescaya aku akan menggoncang dunia’.
Begitulah kata-kata Presiden Soekarno yang menggambarkan betapa besarnya pengaruh mahasiswa dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat.
Namun, apa yang kita lihat realiti pada masa kini, mahasiswa terbelenggu dengan skop pemikiran yang sempit serta jati diri yang lemah.
Justeru atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan program Riadah Mahasiswa Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.

Mahligai Sakinah bersama Pak Utih
Ahad, 26 April – Program Mahligai Sakinah bersama Pak Utih telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SRI Al-Amin KL melibatkan pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin.
Kem Aulad Pintar Anjuran IKRAMJunior Miri
IKRAM Junior Miri mengadakan program Kem Junior Pintar pada 25 April yang lepas. Program yang diadakan di SK Pujut Corner Miri ini dihadiri oleh 40 orang pelajar yang berusia 10 hingga 12 tahun.
Kem Junior Pintar ini diadakan bertujuan untuk memupuk perasaan cintakan Allah melalui aktiviti dan pengisian yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak serta membentuk kanak-kanak supaya memiliki peribadi yang cemerlang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah slot pengisian ‘Allah dan Zat-Nya’, ‘Hebatnya Ciptaan Allah’ dan ‘Explorace I Love Allah’.

Smart Parenting: Ilmu keibubapaan Muslim
Alhamdulillah Seminar Smart Parenting 2015 telah berlangsung dengan lancar dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap peserta yang hadir.

Seminar Hak-hak Wanita dalam Keluarga Islam
Pada 24 April 2015, berlangsung Seminar Hak-hak Wanita dalam keluarga Islam di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga(YPK), Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Terengganu. Alhamdulillah

Giatkan tarbiah, jayakan Negara Rahmah
BUKIT BERUNTUNG – Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus menggesa ahli-ahli IKRAM supaya giat berusaha meneruskan tarbiah untuk melahirkan lebih ramai generasi yang soleh serta berupaya meyakinkan masyarakat bahawa keindahan Islam mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah.
Bicara IKRAM Miri – Menghayati Rejab Melalui Al-Quran
“Kita sebagai seorang muslim haruslah membina diri kita supaya mempunyai jati diri muslim yang sempurna melalui 10 sifat-sifat peribadi muslim yang unggul.”
Itulah antara intipati penting yang digariskan Ustaz Haji Mohd Salleh bin Hamdin, Pengetua PERYATIM dalam Bicara IKRAM yang bertajuk ‘Menghayati Rejab Melalui al-Quran’ anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Miri pada 19 April 2015 yang lalu.
“Sepuluh sifat peribadi muslim yang unggul yang perlu ada pada setiap muslim termasuklah akidah yang sejahtera, ibadah yang

MPN 2015: IKRAM Memburu Misi
Ahad, 19 April – Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Wilayah Persekutuan sedang berlangsung di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan, Keramat Permai melibatkan perwakilan dari semua daerah, wanita dan ahli jawatankuasa negeri.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co