Aktivis IKRAM Siswa terima Anugerah Tuanku Canselor KUIN

Memperoleh Purata Markah Keseluruhan (PMK) 3.99 dalam pengajian program Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, beliau turut menerima anugerah Jaizah Imtiyaz bagi kulliyyah tersebut.

Mohamad Anas, 28, merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Hj Mohamad Yaakub Idris, Penolong Setiausaha Agung IKRAM dan Hjh Sarimah Sunar. 

Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Hira’, Batu Belah, Klang dan meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hira, Jeram, Kuala Selangor dengan mendapat keputusan 9A 4B dalam SPM.

Melanjutkan pengajian di Universiti al-Iman, Yaman dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 2010, beliau terpaksa menghentikan pengajian di sana pada tahun berikutnya atas faktor keselamatan seterusnya menyambung pengajian di KUIN dan menamatkannya dengan keputusan yang cemerlang.

    

Kelas tutorial untuk mahasiswa dan aktiviti kebajikan untuk masyarakat

Bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik, pelajar terbaik keseluruhan Sijil Asasi Pengajian Islam KUIN pada 2014 dengan PNGK 3.98 ini juga aktif dalam bidang ko-kurikulum antaranya sebagai Ketua Biro Perhubungan, Penempatan dan Kemasyarakatan, Persatuan Pelajar Asasi KUIN (PERINTIS) bagi sesi 2012/2013, fasilitator SMART CAMP dan juga terlibat menghasilkan Video Promo Pusat Pengajian Asasi KUIN.

Kegiatan aktif beliau dalam ko-kurikulum diteruskan pada peringkat ijazah Sarjana Muda sebagai Ketua Exco Akademik, Penyelidikan dan Latihan, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) sesi 2013/2014 dan Pengarah Program Tayangan Perdana Tragedi Natrah, Enakmen Kekeluargaan Islam KUIN.

Menjadi Ketua Unit tugas-tugas Khas, Skuad Perpindahan Insaniah (SAFINAH) dan Setiausaha Persatuan Mahasiswa Kulliyyah Syariah dan Undang-undang KUIN (SYAR’IE) bagi sesi 2015/2016, beliau tidak ketinggalan untuk aktif dalam program dakwah dan tarbiah mahasiswa sebagai Pengerusi IKRAM Siswa KUIN pada 2013-2016.

Di samping mengadakan kelas-kelas tutorial bagi mahasiswa Kulliyyah Syariah dan Undang-undang KUIN, beliau juga dijemput menjadi Ahli Panel, Bicara Siswa Cemerlang anjuran MPM KUIN pada Mac 2016.

Berpegang kepada prinsip “Sentiasa bersyukur dengan setiap ketentuan Allah SWT”, beliau percaya bahawa setiap kejayaan atau kegagalan sebenarnya adalah ujian daripada Allah kepada hamba-Nya, untuk mencapai keredhaan-Nya.

Tahniah kepada Saudara Mohamad Anas! Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan hidayah untuk beliau terus menimba ilmu seterusnya dapat memberi manfaat kepada keluarga, bangsa, Islam dan dakwah secara keseluruhannya, insya-Allah.

Kredit foto: Utusan Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia