SERI KEMBANGAN – Pemanah dari SMI Hidayah, Johor Bahru, Muhammad Akid Bazli Ezaidin, mencatatkan rekod kebangsaan pada hari pertama Kejohanan Memanah Terbuka Selangor Ian Scott International 2021.
Beliau berjaya mengumpul 653 mata bagi Kategori 50 meter Lelaki Bawah 15 Tahun pada hari pertama kejohanan anjuran Persatuan Memanah Selangor (SELAR) di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kejayaannnya itu diiktiraf sebagai rekod kebangsaan apabila Kategori 50m itu dipertandingkan buat pertama kalinya dalam kejohanan peringkat kebangsaan berdasarkan peraturan oleh World Archery (WA) mengikut tahap umur tersebut.
Kejohanan Memanah Terbuka Selangor Ian Scott International 2021 yang berlangsung pada 15 hingga 19 Disember 2021 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Antaranya, semua pemanah dan jurulatih wajib menjalani saringan Covid-19 terlebih dulu dan hanya yang negatif saja dibenarkan menyertai pertandingan ini.
Tahniah kepada seluruh pasukan memanah SMI Hidayah atas kejayaan yang sangat memberangsangkan ini.
Sumber: IKRAM Musleh | Harian Metro