Air oh air: Kerana laba, pengguna derita

Gangguan melibatkan kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas disebabkan berlaku pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

 

Maka disebabkan situasi itu, ramai yang bersuara dan menuding jari di medium sosial mengenai apa yang terjadi serta mengeluh dengan keadaan yang berlaku beberapa hari itu.

 

Dalam keadaan demikian, sewajarnya rakyat memberi fokus kepada tindakan segera yang dilakukan Air Selangor, kerajaan Selangor serta pihak berkuasa bagi menangani kes ini.

 

Apa yang berlaku ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mencemarkan sungai dan hanya mementingkan laba perniagaan.

 

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak sesekali bertolak ansur terhadap kilang yang melepaskan bahan pelarut ke Sungai Gong, Gombak, anak Sungai Sembah yang mengalir ke Sungai Selangor.

 

Oleh itu, polis telah menahan empat lelaki pemilik kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor dan kilang berkenaan diarah ditutup sementara sebelum diputuskan untuk dirobohkan kerana tidak memiliki Kebenaran Merancang (KM).

 

Tindakan pantas dan tegas semua pihak berkenaan dalam menangani isu ini patut dipuji. Jika tidak, tentu mudarat yang lebih besar akan berlaku seperti keracunan yang boleh mengancam jutaan nyawa. Manusia dan makhluk hidup perlukan air bersih dan tidak tercemar daripada sebarang bahan toksik yang berbahaya.

 

Melihat keluhan masyarakat mengenai ketiadaan air ini, ia perlu dimuhasabahkan kembali, betapa pentingnya air untuk kehidupan manusia ini. Oleh yang demikian, semua pihak perlu menjaga dan memelihara sumber ini dengan sebaik-baiknya agar ia tidak tercemar.

 

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty, kegagalan mengurus sumber air boleh mendatangkan kesan kepada keselamatan negara.

 

Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Charles Santiago pula mencadangkan agar sebuah Agensi Kawal Selia Sungai Negara ditubuhkan bagi menangani masalah gangguan air yang semakin kerap berlaku di Lembah Klang disebabkan pencemaran.

 

Tambahnya, sebuah zon penampan berjarak 300 hingga 400 meter dari kawasan sungai perlu dibina dengan memastikan segala aktiviti perniagaan di kawasan itu tidak dibenarkan dengan pantauan polis dan badan penguatkuasaan undang-undang dan juga kamera litar tertutup (CCTV).

 

Pada Mac 2019, tragedi yang menimpa Sungai Kim Kim di Pasir Gudang dalam tempoh berbulan-bulan lamanya telah menimbulkan banyak masalah kepada pelbagai pihak seperti pencemaran sungai dan udara yang memberi kesan buruk kepada kesihatan masyarakat sekitar terutamanya pelajar sekolah.

 

Apakah ada jalan penyelesaian untuk menyekat pencemaran ini yang telah menyebabkan ramai yang tidak mendapat bekalan air apalagi air yang bersih, kesihatan terganggu hingga merencatkan kelangsungan hidup?

 

Oleh yang demikian, perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta ditangani dengan penguatkuasaan yang lebih tegas di peringkat kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

 

Perancangan dan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang juga perlu dirangka agar tragedi seperti yang telah terjadi di beberapa negeri ini tidak berulang lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia