Ainullotfi dipilih Naib Presiden MAKPEM

Beliau yang dipilih dalam Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM Ke-39 pada Sabtu, 29 Julai 2017 di Hotel Grand Darulmakmur di sini, merupakan salah seorang daripada tiga muka baru dalam Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM kali ini.

Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM kali ini dihadiri oleh lebih daripada 100 orang perwakilan dan pemerhati daripada 33 pertubuhan kebangsaan, 13 majlis kebajikan masyarakat negeri  dan sembilan (9) pertubuhan bersekutu dari seluruh negara.

  

Suasana Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM

Perasmiannya telah disempurnakan pada malam sebelumnya oleh YB Dato’ Hajjah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang mewakili YAB Menteri Besar Pahang dalam majlis makan malam meraikan perwakilan dan jemputan.

Sementara itu, kedua-dua Presiden MAKPEM, iaitu Dato’ Setia Amar Segara Dato Sri Haji Halim Haji Ibrahim dan Timbalan, Datin Paduka Hajjah Khatijah Sulieman, telah terpilih sekali lagi secara sebulat suara tanpa pertandingan.

  

Ainullotfi (dua dari kiri) bersama Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM 2017-2020 dan semasa majlis makan malam

Dalam ucapannya semasa sesi penggulungan, Prof. Madya Ainullotfi menyatakan bahawa beliau terharu dipilih kerana tidak pernah menjangka akan dicalonkan dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan kepadanya.

Beliau berharap dapat menyumbang sebaiknya kepada MAKPEM dan usaha-usaha khidmat masyarakat di tanah air.

Dalam pertemuan selepas majlis, Ainullotfi menyatakan bahawa kerja-kerja khidmat masyarakat merupakan suatu aspek yang penting dalam pembangunan masyarakat yang tidak boleh diabaikan atau dikesampingkan.

“Masyarakat perlu dipupuk untuk menyemai sikap bersedia menyumbang untuk membantu gologan yang memerlukan dan tersisih, dan ini perlu dimulai daripada pendidikan anak-anak di sekolah lagi,” katanya

Jelasnya, kerja-kerja amal khidmat masyarakat adalah suatu yang merentasi batas-batas ras, agama dan sempadan, yang dapat memupuk rasa kerbersamaan dalam membina sebuah negara yang bersatu dan makmur.

“IKRAM akan terus bersama dengan MAKPEM dan rakan-rakan NGO lain bagi menjayakan usaha-usaha ini dan mengarusperdanakan pemikiran masyarakat yang prihatin dan penyayang, terutamanya bagi membantu golongan dhu’afa, gelandangan, warga emas, OKU, malah termasuk usaha-usaha seperti kempen mencegah merokok, vape dan dadah,” ujarnya.

Senarai Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM bagi Sesi 2017-2020

Presiden: Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Haji Ibrahim

Timbalan Presiden: Datin Paduka Hajjah Khatijah Sulieman

Naib Presiden:
Puan Siti Amen Haji Ruman
Dr Sulaiman Abdul Mutalib
Dato’ Mah Hassan Haji Omar
Prof Madya Haji Ainullotfi Dato’ Seri Abdul Latif

Setiausaha Agung Kehormat: Puan Salmah Nordin

Bendahari Agung Kehormat: The Revd Canon Samuel D John                       

Foto majlis: https://goo.gl/1sy2kp | https://goo.gl/s9M1Vh 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia