Marilah kita sama- sama memohon kepada Allah SWT agar menjadikan Ramadan 1441 ini dilimpahi keberkatan dan kebaikan.
Semoga Dia menamatkan segera bencana wabak yang menimpa negara kita dan seluruh warga dunia serta mengembalikan kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan antara kita di Malaysia tercinta ini.
Kuatkanlah hubungan dengan Allah melalui ibadah dan ketaatan, utuhkan hubungan dalam kalangan rakyat dengan kerjasama dan akhlak mulia, sebarkanlah rahmah dan kasih sayang antara kita.
Sama- sama kita memohon kepada Allah agar kita dikurniakan kerahmatan, keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.
Dr Mohd Parid Bin Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
23 April 2020 / 29 Syaaban 1441H