Agih daging korban untuk 370 keluarga

KUANTAN – Sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu, sebanyak 370 buah keluarga telah menerima agihan daging korban di sekitar Temerloh dan Kuantan dalam program Korban Kasih IKRAM Pahang 2021.

 

Pada hari raya pertama, seekor lembu korban telah disembelih dan diagihkan kepada 70 keluarga di sekitar daerah Temerloh dengan kerjasama IKRAM Negeri Pahang, Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) Pahang dan IKRAM Temerloh.

 

“Daging lembu korban ini telah diagihkan untuk penerima yang tinggal di Taman Bukit Cermin, Kg Catin, Taman Seri Semantan, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Kelas Mengaji Mualaf Temerloh, Taman Seri Bahagia dan Kg Sg Rabit,” menurut i-Bantu Pahang dalam laman Facebooknya.

 

Pada hari raya ketiga pula, sebanyak tiga ekor lembu korban disembelih di Ladang Ternakan Lembu Kg Pandan dan diagihkan kepada 300 keluarga di sekitar Kuantan.

 

Program ini merupakan kerjasama IKRAM Pahang, i-Bantu Pahang, IKRAM Kuantan, IKRAM Indera Mahkota dan Pertubuhan Peduli Progresif Kuantan (PPP).

 

“Kebanyakkan penerima merupakan mereka yang tinggal di Indera Mahkota, Taman Tas, Tanah Putih, Kg Pandan, Taman Mahkota Batu 12, Kg Pelindung, Kg Batu Hitam dan sekitarnya.”

 

Tambahnya, agihan daging korban ini telah dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan PKP 3.0 yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

 

“Manakala proses sembelihan pula telah dijalankan di tempat sembelihan yang telah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur sembelihan semasa PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Pahang.”

 

Lagi foto: https://fb.com/iBantuPahang

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia