Advokasi Sains, Teknologi & Inovasi: Pakar Beri Saranan

Advokasi Sains, Teknologi & Inovasi: Pakar Beri Saranan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui Jawatankuasa Agenda Nasional (AN) telah menganjurkan satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang signifikan melibatkan tokoh-tokoh akademik dan profesional negara dalam usaha merangka model solusi bagi advokasi Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Ibu Pejabat IKRAM pada Khamis, 1 Mei lalu.

Perbincangan hibrid yang dipengerusikan bersama oleh Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr. Hanim Salleh dan AJK Agenda Nasional, Prof. Dr. Sahrim Ahmad ini menghimpunkan lebih 15 tokoh akademik dan pakar pelbagai bidang yang berpengalaman luas dalam ekosistem STI negara, yang turut disokong oleh kehadiran wakil-wakil Jabatan Agenda Nasional.

Sesi RTD ini bertujuan untuk berkongsi aspirasi dan hala tuju Rancangan IKRAM serta Agenda Nasional 5.0, dan menetapkan bidang fokus strategik bagi pembangunan Kluster STI, Agenda Nasional IKRAM serta pensejajaran dengan keperluan semasa negara.

Perbincangan berjalan secara dinamik, membincangkan cabaran dan potensi pembangunan STI Malaysia, termasuk soal kebergantungan teknologi luar, keperluan pembudayaan inovasi akar umbi, serta pembinaan jalinan sinergi antara sektor akademik, industri dan komuniti.

Melalui pelbagai saranan dan percambahan idea bernas, RTD ini menunjukkan keseriusan IKRAM untuk memberi input strategik kepada negara dan pemegang taruh dalam aspek Sains, Teknologi dan Inovasi, seterusnya menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia