SERI KEMBANGAN – Seramai 10 Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) telah dilantik pada persidangan pertama DPN IKRAM sesi 2022-2026 baru-baru ini.
Dengan lantikan ini, ia telah melengkapkan kuota 121 orang ahli DPN menurut pindaan Perlembagaan IKRAM terkini, ekoran pertambahan kuota 10 Ahli DPN Wakil IKRAM Muda.
Berikut adalah senarai 10 orang Ahli DPN Lantikan:
- En. Khubaib bin Azahari
- Ustaz Dr Syazalie Hirman bin Ahmad Najib
- En. Mohd Hafiz bin Abd Hamid
- Hj Zaharuddin bin Othman
- Prof. Datuk Dr Mohamed Hatta bin Shaharom
- En. Mohammad Raswan bin Othman Mydin
- Dr Azman bin Ali
- Prof. Dr Azlan bin Ab Rahman
- Dr Hj Ahmad Zainuddin bin Abdullah
- Prof. Dr Sahrim bin Haji Ahmad
Dalam pada itu, dua orang Pemeriksa Kira-kira telah dilantik iaitu En. Ahmad Nizam bin Samsudin dan Datin Dr Amalina binti Abdullah.
Seramai 21 orang Ahli DPN Wakil Umum, 10 Wakil Wanita, 10 Wakil Ulama, 10 Wakil IKRAM Muda dan 60 Wakil Negeri telah dipilih dalam pemilihan secara e-voting baru-baru ini.
Pautan 1: https://ikram.org.my/51-ahli-dpn-ikram-dipilih/
Pautan 2: https://ikram.org.my/pemilihan-negeri/
Pautan 3: https://ikram.org.my/badlishah-presiden/
Senarai penuh Ahli DPN sesi 2022-2026 boleh dilihat di sini: https://ikram.org.my/adpn-22-26/.
Dalam perkembangan lain, pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Negeri (MPN) bermula hari ini, 25 Februari hingga Ahad, 27 Februari 2022 secara e-voting di seluruh negara.
Ahli-Ahli MPN setiap negeri yang terpilih akan menghadiri Mesyuarat Perwakilan Negeri masing-masing bagi memilih Ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) bagi sesi 2022-2026.