Nasib abang beca tidak dilupakan

BANDA HILIR – Berikutan penutupan sektor pelancongan yang amat menjejaskan pendapatan akibat ketidakhadiran pelancong, IKRAM Bandaraya Melaka dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia mengambil inisiatif menyantuni seramai 85 orang pengayuh beca pada 29 Ogos baru-baru ini, di sini.

 

“Setiap daripada mereka menerima sumbangan pek makanan harian serta wang tunai,” kata wakil IKRAM Bandaraya Melaka.

 

Menurutnya, sumbangan pek makanan terdiri daripada makanan kering termasuk beras, minyak masak dan lain-lain ini adalah sebagai tanda prihatin rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada Yayasan IKRAM Malaysia untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik ini.

 

“IKRAM Bandaraya Melaka telah turut serta mengedarkan bendera Malaysia kepada 35 pengayuh beca yang menerima sumbangan secara pandu lalu sebagai tanda menyemarakkan kempen Bulan Kemerdekaan yang sedang berlangsung.”

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan IKRAM Malaysia, Tuan Kamsani Nasir, ini adalah kali kedua sumbangan disampaikan secara pandu lalu setelah golongan pemandu teksi menerima manfaatnya pada bulan Februari yang lalu.

 

Dalam pada itu, program diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air, Muhammad Hafidz Roshdi selaku Rakan Kebajikan Yayasan IKRAM Malaysia yang turut menggerakkan ‘Tabung Kita Bersama’ bagi membantu golongan yang terkesan oleh pandemik Covid-19 ketika ini.

 

Turut sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua IKRAM Melaka, Hj Ahmad Zamri Mohamad, Yang Dipertua IKRAM Bandaraya Melaka, Abdullah Munir Mohd Aizaini dan Pengerusi Koperasi Abang Beca Negeri Melaka, Azman Dollah.

 

Agar lebih ramai lagi yang menerima manfaat daripada bantuan yang diberikan, mereka yang budiman boleh menyumbang melalui akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402) dengan rujukan ‘Sumbangan Umum’.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia