A&B Youth Awards: IKRAM iktiraf sumbangan anak muda

SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya IKRAM Muda akan menganjurkan majlis anugerah Above & Beyond Youth Awards 2021 untuk anak-anak muda IKRAM pada 16 Oktober ini.

 

“Program ini adalah untuk meraikan dan memberi pengiktirafan khusus kepada usaha-usaha, pencapaian dan idea dalam kalangan anak muda IKRAM,” kata Ketua IKRAM Muda, Mohd Hafiz Abd Hamid.

 

Tambahnya, inilah masanya untuk mewujudkan budaya mengiktiraf usaha-usaha anak muda IKRAM secara positif.

 

“Majlis ini juga adalah satu platform yang cukup baik untuk menyampaikan dan mengingatkan anak muda tentang nilai-nilai teras kita serta memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang boleh dilaksanakan di seluruh negara,” jelasnya.

 

Selain itu, program ini bertujuan memberi peluang perkongsian idea dan inisiatif anak muda yang boleh di implementasi di kawasan lain.

 

Menurut Mohd Hafiz, program ini juga berusaha untuk mewujudkan budaya pengiktirafan secara positif dalam kalangan anak muda IKRAM.

 

“Diharapkan program ini dapat membantu meningkatkan motivasi anak muda IKRAM agar mereka terus bersemangat menjalankan kerja-kerja dakwah.”

 

Beliau yakin, majlis anugerah ini memberi peluang kepada anak muda IKRAM melihat ruang-ruang memberi semula khidmat kepada masyarakat menerusi platform agensi, institusi atau inisiatif sendiri melalui IKRAM Muda.

 

Kata beliau, sebanyak 29 anugerah bakal direbut melibatkan lima kategori iaitu Anugerah Sumbangan, Anugerah Inovasi, Anugerah Mahasiswa, Anugerah Pencapaian dan Anugerah Penghargaan.

 

“Kami telah menerima lebih daripada 300 pencalonan dan telah menyenarai pendek enam calon akhir terbaik untuk setiap anugerah.”

 

Ujarnya, terdapat enam anugerah untuk undian awam, yang hanya dibuka kepada anak muda IKRAM dan IKRAM Muda Antarabangsa (IMAN) yang berumur 18 hingga 40 tahun.

 

“Pengundian sedang berlangsung hingga Selasa, 28 September 2021.”

 

Untuk undian calon, pendaftaran kehadiran serta maklumat lanjut majlis anugerah Above & Beyond Youth Awards 2021, anak-anak muda IKRAM boleh melayari pautan https://aboveandbeyond.ikrammuda.org/. 

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia