Perkukuh Keharmonian: IKRAM Sertai RTD Pelbagai Agama

IKRAM kukuhkan harmoni

KOTA KINABALU – Satu persidangan meja bulat “Roundtable Discussion on Multi-Faith Partnership in Praxis for Human Dignity and Flourishing” telah diadakan pada 4-5 Ogos lalu di The Pacific Sutera Hotel di sini.

Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 145 orang yang terdiri daripada pemimpin pelbagai agama, ahli akademik, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil serta pemegang taruh bagi memperkukuh kerjasama antara agama demi kesejahteraan masyarakat.

Diskusi RTD pelbagai agama ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kerajaan Negeri Sabah serta rakan-rakan strategik yang lain.

Pertubuhan IKRAM Malaysia diwakili Presiden, Haji Badlishah Sham Baharin, telah hadir ke RTD tersebut, yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, seterusnya melancarkan dua buku terbaru IKIM, Citra Harmoni dan Fiqh al-Taayush in Malaysia.

Melalui platform seperti RTD ini, Aaron yakin bahawa kerjasama antara pelbagai agama dapat terus diperkukuh dalam membina persefahaman, kepercayaan dan tanggungjawab bersama ke arah pembinaan negara bangsa yang lebih bersatu, harmoni dan berdaya tahan.

Turut hadir Pengerusi IKIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman; Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan Mufti Negeri Sabah, S.S. Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar.

Menariknya, selain diskusi, para peserta turut dibawa melawat ke rumah-rumah ibadat antaranya Tzu Chi Foundation, Pu Tuo Si Temple, SIB Church dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, bagi membuka ruang kepada penghayatan nilai saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian agama serta budaya dalam masyarakat.

Program sebegini diharap menjadi wadah perkongsian bermanfaat serta mampu memperkukuh kerjasama rentas agama dan budaya, demi memelihara perpaduan negara serta memastikan setiap lapisan masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang harmoni dan berteraskan nilai kemanusiaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia