Anjakan Sikap Beri Impak dalam Mendidik Masyarakat

Anjakan Sikap Beri Impak dalam Mendidik Masyarakat

SERI KEMBANGAN – Aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memerlukan anjakan sikap agar ia dapat memberi impak dalam mendidik masyarakat, menurut Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin ketika menyampaikan ucaptama dalam Bengkel Pendidikan Masyarakat dan Media 2026.

Ucaptama beliau berkaitan hala tuju pendidikan masyarakat dalam bengkel itu dihadiri lebih 40 aktivis Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Media IKRAM Negeri dari seluruh negara pada Rabu, 17 Jun lalu di Dewan Utama Ibu Pejabat IKRAM di sini.

“Dulu kita fokus semata-mata melaksanakan lambakan program, kita buat program banyak. Tapi sekarang kita nak fokus kepada mencorak pemikiran masyarakat secara strategik,” jelasnya.

Beliau menyeru para peserta agar bukan hanya mengadakan program, tapi perlu memikirkan apakah program itu boleh memberi impak serta membina pengaruh dan kepimpinan di ruang awam.

“Kemudian, (daripada) sekadar menyebarkan mesej dan maklumat searah, kita menggerakkan penglibatan proaktif masyarakat.”

Selain itu tambahnya, aktivis IKRAM juga perlu melakukan anjakan daripada bekerja secara ‘silo’ dalam jabatan, kepada membina ekosistem strategik yang merentas agensi, serta daripada mengukur pencapaian berdasarkan output program kepada mengukur keberkesanan berdasarkan “impak sosial”.

Daripada anjakan sikap tersebut, beliau mengharapkan hasil yang lebih baik dari segi penerimaan mesej rahmah, penglibatan bermakna masyarakat dan ekosistem aktivisme yang kukuh, seterusnya dapat melahirkan “Generasi Rahmah” progresif yang akan membentuk asas Malaysia Negara Rahmah.

Turut hadir dalam bengkel itu Naib Presiden IKRAM, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Setiausaha Agung, Mohd Hafiz Abd Hamid (Komunikasi Strategik) dan Ahli JKP Ustaz Nu’man Hani Jamal (Pendidikan Masyarakat).

Bengkel sehari itu dimanfaatkan dengan perkongsian keutamaan Irsyadul Mujtama’ oleh Ustaz Tajul Arifin serta kerangka strategi pendidikan masyarakat dan media oleh Ustaz Nu’man dan Mohd Hafiz.

Bengkel itu juga diserikan dengan taklimat pengoperasian oleh Iqbal Hakim (Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat) dan Ahmad Ubaidah (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat), serta maklum balas dan sumbang saran para peserta bagi menambah baik proses dan gerak kerja pendidikan masyarakat di negeri masing-masing.

Semoga bengkel ini dapat memberikan pencerahan dan penjelasan berkaitan hala tuju, strategi dan operasi dalam menjayakan agenda pendidikan masyarakat oleh IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia