Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan IKRAM dengan penyelewengan pengurusan wang zakat. Tuduhan tersebut adalah tidak berasas, berunsur fitnah dan berniat jahat.
IKRAM memandang serius penyebaran tuduhan dan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi IKRAM serta mengelirukan masyarakat. IKRAM menegaskan komitmen berterusan terhadap prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan.
Sehubungan dengan itu, IKRAM akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.
Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia
3 April 2026




