Calon Pendakwa Raya Negara: Saring Melalui JK Pilihan Tetap Parlimen

rasuah

SHAH ALAM – Proses saringan calon bagi jawatan Pendakwa Raya Negara dicadang supaya dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Tetap di Parlimen bagi membolehkan Parlimen sendiri menyaring calon yang layak apabila pengasingan kuasa berlaku.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj. Badlishah Sham Baharin berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar bebas daripada pengaruh politik dan tidak terikat dengan kepentingan eksekutif.

Beliau menjelaskan, sekiranya saringan dibuat dalam kerajaan, ia berpotensi membuka ruang kepada pengaruh eksekutif terhadap calon yang dipilih.

“Bagaimanapun, jika calon disaring oleh Parlimen, proses tersebut dapat memastikan calon lebih bebas dan tidak terikat dengan kepentingan mana-mana pihak.

“Sudah semestinya, calon dipilih mesti daripada kalangan berpengalaman dalam bidang kehakiman, termasuk individu pada peringkat hakim atau yang mempunyai pengalaman luas dalam perundangan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Sidang Media bertajuk ” Pengasingan Kuasa Peguam dan Pendakwa Raya: Apa Harapan Rakyat?” pada Khamis.

Menurutnya, saringan oleh Jawatankuasa Pilihan Tetap Parlimen akan membantu memastikan calon yang dilantik benar-benar berwibawa, berpengalaman dan bebas daripada sebarang tekanan politik dalam menjalankan tanggungjawab.

Dalam perkembangan sama, Badlishah menyambut baik program anjuran Rasuah Busters terbabit, sekali gus menyifatkan ia sebagai suara rakyat dan masyarakat sivil berhubung pengasingan kuasa pendakwa raya negara dan peguam negara.

Menurutnya, pengasingan kuasa penting bagi memastikan tiada lagi pengaruh eksekutif dalam proses pendakwaan serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Sumber: Sinar Harian

Foto: Rasuah Busters

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia