Kempen Ramadan+ IKRAM: Hidupkan Sebagai Bulan Perubahan

ramadan

SERI KEMBANGAN – Bermula dari minggu terakhir Syaaban hingga sepanjang Ramadan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan Kempen Ramadan+ bertemakan “Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa” sebagai satu seruan perubahan, bukan sekadar peringatan rutin.

Kempen ini mengajak umat Islam menghayati Ramadan sebagai ruang memperbaiki diri, menguatkan institusi keluarga dan menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih sejahtera, melangkaui amalan bermusim semata-mata.

Ramadan+ diperkenalkan untuk menyemarakkan kembali keterujaan menyambut Ramadan sebagai bulan rahmah yang membina jiwa dan membuka ruang merebut pahala berganda secara bermakna. 

Inisiatif ini mengangkat Ramadan sebagai madrasah pembinaan diri dan rohani berteraskan Islam yang mudah, mendidik dan penuh kasih sayang melalui penglibatan bersepadu individu, keluarga dan komuniti.

Kempen ini mengajak masyarakat menghidupkan Ramadan dengan ibadah, ilmu, keprihatinan sosial dan nilai kekeluargaan yang saling melengkapi agar lahir perubahan dalam jiwa dan kesinambungan amalan selepas Ramadan.

Masyarakat boleh mengikuti kempen ini di ruang digital melalui kapsul AISAR di TikTok serta episod khas Podcast Bicara Rahmah di saluran YouTube IKRAM Malaysia yang mengetengahkan pengisian ringkas dan dekat dengan realiti semasa. 

Di samping itu, kempen ini akan turut turun ke bazar menerusi slot cabaran interaktif, tazkirah ringkas dan kempen sedekah.  Kempen Ramadan+  juga disemarakkan dengan penganjuran Iktikaf Ramadan, Street Iftar serta edaran Rahmah Pack kepada masyarakat setempat.

Dalam kalangan ahli IKRAM pula, cabaran khatam al-Quran digerakkan dengan sasaran untuk menyempurnakan bacaan 10 juzuk dalam tempoh 10 hari bagi menyemai semangat istiqamah dan sokongan bersama dalam ibadah.

Ramadan+ diharapkan dapat mengembalikan roh Ramadan sebagai bulan transformasi membersihkan jiwa, menguatkan institusi keluarga dan membina masyarakat yang peduli, penyayang serta berdaya tahan.

Kempen murni anjuran IKRAM ini mengajak umat Islam agar memperlahankan langkah, mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membawa nilai Ramadan dalam kehidupan sepanjang tahun.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia