Kunjungan SMIHJB ke SM Foon Yew Perkukuh Perpaduan

perpaduan

KULAI – Semangat muhibah dan keterbukaan budaya terserlah apabila Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru (SMIHJB) berkunjung ke Sekolah Menengah Foon Yew, Kulai pada Jumaat, 30 Januari lalu.

Kunjungan seramai 29 orang pelajar SMIHJB diadakan atas jemputan untuk menyertai Program Silang Budaya Sempena Tahun Baru Cina dan Kaligrafi Cina (Huichun) yang berlangsung di sekolah persendirian Cina itu.

Ziarah ini memperkukuh perpaduan, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum di Malaysia. Menurut guru pengiring program, Ustazah Ezafahrina, pendekatan pembelajaran melalui pendedahan silang budaya memberi nilai tambah yang sukar digantikan oleh pengajaran konvensional di bilik darjah. 

“Apabila pelajar mengalami sendiri interaksi budaya, mereka bukan sahaja memahami, malah belajar menghormati kepelbagaian secara lebih mendalam,” ujarnya. Antara tarikan utama ialah demonstrasi kaligrafi Cina (Huichun). 

Para peserta berpeluang menyaksikan sendiri kehalusan seni tulisan menggunakan berus dan dakwat tradisional, sekali gus membuka ruang kefahaman tentang nilai estetika dan falsafah di sebalik warisan seni masyarakat Cina.

Menariknya, pelajar dapat menyertai bengkel penulisan kaligrafi dengan mencuba sendiri teknik asas menulis di atas kertas khas. Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi pengalaman baharu yang bermakna buat kebanyakan peserta sekali gus menyokong aspirasi ekosistem pendidikan yang holistik dan inklusif.

Program itu turut diserikan dengan lawatan sekitar sekolah, membolehkan pelajar SMIHJB mengenali suasana pembelajaran, kemudahan serta budaya sekolah di sekolah tuan rumah. Lawatan ini secara tidak langsung memperluas perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sistem pendidikan dan amalan budaya di negara ini.

Secara keseluruhan, program ini memberi impak yang sangat positif dalam mendekatkan pelajar kepada budaya masyarakat Cina melalui interaksi langsung yang bersifat santai, beradab dan saling menghormati dalam suasana harmoni yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan membina generasi muda yang inklusif, toleran serta memiliki jati diri kebangsaan yang kukuh. 

Sumber: FB SMIHJB

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia