Usah Pendam Tekanan, Dapatkan Bantuan – Dr Wan Azizah

PUTRAJAYA –  Tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa 1 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan, meningkat dua kali ganda daripada 500,000 orang pada 2019. 

Melalui Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 tersebut, peningkatan daripada 2.3% kepada 4.6% ini memberi gambaran cabaran kesihatan awam yang semakin kritikal.

“Kita tidak boleh lagi menganggap kesihatan mental sebagai isu peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.,” pesan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail ketika merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental Putrajaya “Tenang Wajah, Ribut Jiwa di Putrajaya, pagi semalam.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah menggalakkan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan lain-lain. 

Individu yang terkesan perlu segera mendapatkan bantuan profesional melalui mana-mana saluran yang sesuai. Orang sekeliling terutamanya keluarga dan sahabat handai mestilah mengelakkan daripada bersikap prejudis dan mempunyai stigma negatif terhadap masalah kesihatan mental. 

Masyarakat perlu saling menyokong dengan empati, galakkan dan tunjukkan jalan untuk mereka mendapatkan bantuan. Katanya lagi, kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental perlu disebarkan dalam kalangan keluarga dan komuniti agar masyarakat lebih sihat secara menyeluruh. 

 “Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesejahteraan diri. Jangan tunggu sehingga parah untuk mendapatkan rawatan. Kita perlu ubah persepsi bahawa meminta bantuan adalah tanda kelemahan,” katanya.

Program ini dianjurkan bersama oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui Wanita IKRAM Pusat dan IKRAM Putrajaya, Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH),  Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) dan Perbadanan Putrajaya.

Ia diadakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Klinik Kesihatan Presint 11, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Putrajaya, Stella KASIH dan i-Youth Archery.

Lebih 100 peserta daripada kalangan B40, termasuk pelajar sekolah, ibu tunggal dan mualaf hadir bagi mendapatkan pendedahan tentang kesihatan mental, menjalani saringan serta menerima intervensi kaunseling.

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin dalam ucapannya mengingatkan bahawa usaha menyantuni masyarakat dengan rawatan dan bimbingan emosi bukan sekadar kerja sosial, tetapi satu ibadah kemasyarakatan. 

“Kita hadir bukan hanya dengan nama organisasi, tetapi dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah untuk menyembuhkan luka-luka yang tersembunyi dengan penuh hikmah dan kasih sayang,” ujarnya.

Program ini turut menampilkan ceramah kesihatan mental oleh Pengerusi Psikospiritual IKRAM (PSI), Dr Alizi Alias yang menekankan pentingnya sokongan emosi dalam menghadapi cabaran hidup moden. Peserta juga menjalani saringan dan berpeluang mendapatkan sesi kaunseling lanjutan.

Sebanyak 18 kaunselor daripada PKPM, LPPKN dan YKN ditugaskan untuk menyantuni peserta yang memerlukan selepas saringan merangkumi golongan remaja dan dewasa. Bagi kes-kes serius, khidmat pakar psikiatri klinikal dan psikologis disediakan untuk rawatan susulan.

Program ini akan diteruskan dengan sesi intervensi kaunseling secara berjadual sehingga November 2025, menyasarkan saringan ke atas 1,000 individu asnaf dengan 50 orang menerima kaunseling intensif.

Melalui pendekatan kolaboratif antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti, usaha ini bukan sahaja bertujuan menangani krisis kesihatan mental sedia ada, malah membina daya tahan emosi masyarakat daripada peringkat akar umbi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia