Membela Gaza: Lebih 3,000 Banjiri Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka sekali lagi menjadi saksi perpaduan rakyat Malaysia apabila ribuan peserta berkumpul dalam Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza (MR4G) pada Sabtu lalu, menyatakan solidariti menolak kezaliman Zionis dan sekutunya.

Himpunan yang mengangkat tema kemanusiaan sebagai asas penyatuan semua pihak melangkaui agama, politik dan bangsa bagi menyokong usaha mendaulatkan tanah Palestin telah berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peserta.

Seawal jam 5.00 petang, kelihatan ramai peserta membawa sepanduk dan kain rentang memaparkan mesej ‘Bebaskan Palestin’ dan menggesa Israel dikenakan tindakan perundangan antarabangsa susulan genosid yang dilakukan di Gaza.

Peserta berarak dari tiga lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, dan pusat beli-belah Sogo, diiringi laungan takbir.

Kehadiran pihak polis bersama puluhan anggota Unit Amal Pas yang memantau secara berterusan sejak awal perarakan hingga peserta tiba di lokasi utama telah menjadikan keadaan di sekitar Dataran Merdeka berada dalam keadaan yang lebih teratur dan selamat.

Himpunan dianjurkan oleh Sekretariat Humanity 4 Gaza (H4G) dengan penyertaan daripada lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia termasuk Yayasan Amal Malaysia, HALUAN, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Gerakan Pembela Ummah dan Muslim Care Malaysia. 

Himpunan ini diserikan dengan pelbagai pengisian termasuk persembahan nasyid oleh kumpulan Far East dan Rabbani, persembahan khas anak-anak Palestin, serta ucapan tokoh masyarakat dan pemimpin agama antarabangsa.

Pada waktu maghrib, lebih 2,000 peserta turut serta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dataran Merdeka, diikuti dengan solat hajat dan beberapa pengisian mengecam tindakan Israel.

Tayangan khas mengenai penderitaan rakyat Gaza turut diadakan sebelum ucapan tokoh politik, NGO dan wakil antarabangsa dan diakhiri dengan pembacaan Deklarasi Malaysia Untuk Palestin.

Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin dalam ucapannya yang membakar semangat dalam himpunan, beliau menegaskan bahawa dunia kini sedang menyaksikan kebangkitan solidariti global untuk Palestin.

“Hari ini,kita berdiri di sini dengan satu suara, satu hati, dan satu tekad! Sokongan dunia kepada Palestin sedang memuncak! Kajian demi kajian membuktikan simpati terhadap Palestin kini di puncak tertinggi dalam sejarah, manakala sokongan kepada Israel jatuh menjunam hatta di negara yang dulu menjadi benteng kuatnya,” tegas beliau.

Untuk rekod, Gaza kini berdepan darurat kelaparan yang semakin kritikal. Anak-anak kecil, ibu bapa dan warga emas, mereka semua terancam tanpa makanan yang cukup. Setiap hari, ramai yang terpaksa tidur dengan perut kosong, menunggu bantuan yang entah bila akan tiba.

Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus berada di barisan hadapan dalam perjuangan membebaskan Palestin, dengan mesej jelas bahawa solidariti ini akan kekal utuh sehingga bumi Palestin bebas sepenuhnya.

Dalam himpunan itu, Hj. Badlishah Sham turut menyeru beberapa komitmen kerajaan Malaysia untuk membela Palestin.

  1. Mendapatkan jaminan antarabangsa untuk sebuah negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat.
  2. Memastikan bantuan kemanusiaan mengalir bebas ke Gaza tanpa sekatan.
  3. Mendesak gencatan senjata segera dan tanpa syarat.
  4. Menyokong tindakan membawa Israel ke ICC dan ICJ, supaya mereka diadili sebagai penjenayah perang.
  5. Melaksanakan boikot dan menarik pelaburan daripada syarikat yang mengaut keuntungan daripada pendudukan haram Palestin.
  6. Secara khusus, menghentikan Sime Darby daripada melabur dalam Caterpillar, dan juga menghentikan Maybank daripada projek RM1 bilion bersama Microsoft.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia