Perusahaan Sosial Pacu Komuniti Bandar: IKRAM Kunjungi Altruis

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis (Altruis), sebuah perusahaan sosial yang berperanan aktif dalam memperkasa komuniti bandar.

Kunjungan ke Altruis pada Selasa, 29 Julai lalu adalah antara usaha IKRAM untuk memperluas kerjasama strategik dengan organisasi pemacu perubahan sosial.

Fokus utama Altruis tertumpu kepada golongan B40, belia, wanita dan kanak-kanak melalui pendekatan menyeluruh berasaskan empat bidang keutamaan iaitu ekonomi, teknologi, sukan dan kesihatan, serta sekuriti makanan.

Kunjungan tersebut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM, En Mohammad Abdul Hamid selaku Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi, Dr Maznah Ahmad daripada JK Kebajikan Ahli dan Khairul Naim Khairul Anuar, pegawai Jabatan Agenda Nasional.

Rombongan IKRAM telah disambut oleh Pengarah Eksekutif Altruis, Puan Saidatul Syuhada Ahmad Shukri, yang berkongsi pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi yang digerakkan di peringkat akar umbi.

Antara inisiatif utama ialah projek REBUNG, iaitu ruang komuniti pelbagai fungsi yang menyediakan aktiviti sukan, akademik, pembangunan kepimpinan kanak-kanak, serta program khas wanita seperti kelas mengaji dan zumba. Fasiliti ini turut menyediakan akses teknologi melalui kemudahan kafe siber.

Selain itu, Altruis Care memberi bantuan kewangan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan, manakala program ORANG.BAIK menyumbang makanan kepada jemaah solat Jumaat melalui penyertaan tukang masak komuniti tempatan, sekali gus menyokong ekonomi kitaran di kawasan tersebut.

Sebagai pertubuhan yang turut menjunjung prinsip pembangunan masyarakat secara inklusif dan berasaskan data, IKRAM mencadangkan potensi kerjasama dalam bentuk kajian impak serta analisis terhadap program-program yang telah dijalankan oleh Altruis. 

Pendekatan ini penting untuk memperkukuh keberkesanan pelaksanaan, mengukur hasil sebenar program terhadap komuniti sasaran, serta meningkatkan keyakinan para penyumbang dan rakan kerjasama ke arah perkembangan yang lebih mampan.

Kunjungan ini membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala yang bukan sahaja memperkukuh jaringan antara organisasi masyarakat sivil, tetapi turut menegaskan peranan perusahaan sosial dalam membina ekosistem pembangunan bandar yang lestari dan penuh nilai kemanusiaan.

Model yang dilaksanakan oleh Altruis diyakini mampu menjadi rujukan kepada pendekatan pembangunan berasaskan komuniti yang lebih sistemik dan berdaya tahan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia