Peperangan adalah konflik yang menggunakan senjata dan mempertaruhkan nyawa di antara dua pihak – biasanya melibatkan tentera antara negara, tetapi mungkin juga antara dua pihak yang bertelagah di dalam sesebuah negara.
Genosid pula adalah tindakan pembunuhan oleh satu pihak yang berkuasa (kerajaan) terhadap kelompok tertentu yang tidak berupaya melawan – juga dipanggil pembersihan etnik.
Di Gaza kini, rejim Zionis Israel mengebom dan membunuh puluhan ribu rakyat Palestin, orang biasa yang tidak berdosa dan tidak langsung punya kemampuan mempertahankan diri atau melawan.
Pada masa yang sama, segala harta benda dan kemudahan turut dimusnahkan tanpa kecuali.
Ringkasnya, perlakuan ini satu perbuatan memusnah yang total, secara sengaja dan terancang.
Di sudut yang lain, tindakan Zionis Israel ini juga sebenarnya satu pencerobohan – memasuki sempadan negara lain, satu tindakan penaklukan.
Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Konvensyen Genosid) pada 1948 yang diiktiraf PBB sudah sekian lama menetapkan bahawa perbuatan sebegini adalah JENAYAH BESAR yang terkutuk oleh semua manusia di seluruh dunia.
Namun, Zionis Israel tanpa malu mahupun rasa bersalah tetap meneruskan kegilaan kejam dan zalim mereka.
Maka, apakah mereka masih layak diberi taraf ‘manusia’?
- Jika hati anda tersentuh, sentuhkanlah juga hati-hati manusia lain, agar lebih ramai manusia dapat menjiwai kemanusiaan.
Jusni Yusoff
Timbalan Presiden IKRAM
“Dari Hatiku ke Hatimu”