Pihak HIKAM menyatakan sokongan penuh kepada fatwa rasmi oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia bertarikh 28 Ramadan 1446H (28 Mac 2025).
Fatwa itu mengandungi beberapa penegasan kewajipan dan larangan kepada umat Islam serta negara-negara Islam mengenai tanggungjawab bersama bagi membela nasib rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang sedang teruk menderita peperangan genosid dan pembersihan etnik di tangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat.
Keadaan di Gaza semakin memburuk dan meruncing sejak penamatan gencatan senjata dan bermula kembali serangan udara Zionis yang mengakibatkan kematian tragis lebih 1,000 nyawa tidak berdosa, menjadikan korban perang keseluruhan mencecah jumlah 50,752 nyawa dan 115,474 orang yang cedera.
Lebih parah, Israel telah menyekat kemasukan bekalan air, elektrik, makanan, bantuan komersial dan kemanusiaan ke Gaza selama lebih sebulan selain mengebom hospital, khemah-khemah pelarian dan bangunan awam sambil mengeluarkan arahan perpindahan baharu yang telah memaksa ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri sekali lagi.
Menurut kenyataan rasmi enam pengarah pertubuhan dunia iaitu WHO, UNICEF, UNOPS, UNRWA, WFP dan OCHA, lebih 2.1 juta orang terperangkap, dibom dan kelaparan lagi, manakala di kawasan transit, makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan tempat perlindungan bertimbun dan peralatan penting tersekat.”
“Kami menyaksikan tindakan perang di Gaza yang menunjukkan pengabaian terhadap nyawa manusia,” lapor kenyataan itu lagi.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan dalam satu persidangan media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington pada 7 April bahawa beliau menjangka peperangan di Gaza akan berakhir tidak lama lagi dan menyatakan bahawa penduduk Gaza akan diusir keluar dan Gaza akan berpindah menjadi hak milik Amerika untuk dibangunkan sebagai pusat hiburan.
Maka, adalah jelas Israel dan Amerika tidak mempunyai sebarang niat langsung ke arah keamanan dan mengembalikan keadilan kepada rakyat Palestin tetapi mempunyai niat jahat untuk mengulangi sekali lagi proses Nakba 1948 atau pengusiran etnik rakyat Palestin secara total dari tanah air mereka dan menjayakan agenda Erez Israel atau Greater Israel.
Umat Islam tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku. Kita tidak wajar berpeluk tubuh dan mengambil sikap berkecuali atau pasif. Membenarkan rakyat Gaza disembelih dan diusir ertinya menyerahkan Masjid al-Aqsa ke tangan Zionis Israel untuk dirobohkan dan diganti dengan pembinaan Solomon’s Temple, satu agenda jahat Zionis yang telah lama diidamkan mereka.
Maka, 15 tuntutan yang terkandung dalam risalah fatwa pihak KUMS ini perlu difahami dan diikuti oleh seluruh umat dan negara Islam demi menjaga akidah dan kemaslahatan ummah keseluruhannya.
Rakyat harus menyedari bahawa fatwa itu bukan hanya terpakai atas invididu, malah kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak HIKAM menyeru pihak kerajaan dan agensi-agensinya yang terlibat, pihak swasta, pertubuhan kemanusiaan dan agama, media sosial serta seluruh rakyat Malaysia untuk mengkaji dan menghayati isi kandungan fatwa tersebut.
Semua pihak haruslah memahami bahawa segala pelaksanaan yang dinyatakan dalam fatwa perlulah mengambil kira pendekatan yang digariskan oleh pihak pemerintah (atau ulil amri), kemampuan diri dan menurut undang-undang negara. Oleh itu, pematuhannya berbeza dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
Beberapa saranan yang dicadangkan sudah pun terlaksana dengan baik, contohnya pemboikotan ekonomi dengan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada ekonomi Israel secara langsung atau tidak langsung. Usaha sedemikian perlulah dilipatgandakan di peringkat individu, organisasi mahupun kerajaan.
Bagi individu Muslim, ia hendaklah mempertingkatkan usahanya untuk membantu Palestin. Sebagai contoh yang diberikan dalam fatwa tersebut, memperbanyak doa dalam solat wajib atau sunat. Begitu juga dengan menggiatkan bantuan kewangan, makanan, minuman dan perubatan.
HIKAM menyeru semua pihak agar kesedaran tentang nasib malang rakyat di Palestin disebarluaskan juga dalam kalangan rakyat bukan Islam di Malaysia agar sokongan rakyat terhadap langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam isu Palestin difahami oleh semua dan tidak menimbulkan silap faham dan perbalahan.
Hakikatnya, isu Palestin lebih daripada isu yang hanya melibatkan urusan orang Islam semata-mata, tetapi lebih besar melibatkan pencabulan dan penafian hak asasi kemanusiaan serta kempen genosid abad ke-21.
Semoga kefahaman yang meluas serta betul tentang fatwa KUMS dapat mencetuskan gelombang kesedaran dan tindakan yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel dan konco-konconya.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
- Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
- Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Presiden Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden WADAH
Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden IKRAM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden ABIM
Dr. Hj Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN
ENGLISH VERSION
HIKAM’s Stance on the International Union of Muslim Scholars’ (IUMS) Official Decree on the Defence of Gaza
HIKAM expresses its full support for the official decree by the Committee for Jurisprudence and Fatwa of the International Union of Muslim Scholars dated 28 Ramadan 1446H (28 March 2025).
The decree emphasises a number of obligations and prohibitions for the Muslim ummah and Islamic countries relating to collective responsibility in championing for Palestinians in Gaza and the West Bank who are suffering direly from genocidal warfare and ethnic cleansing at the hands of the Israeli Zionist regime and the US.
The situation in Gaza has deteriorated and become critical since the breakdown of the ceasefire and recommencement of Zionist aerial assaults which have resulted in the taking of 1,000 innocent lives, summing up a total casualty count of 50,752 dead and 115,474 injured.
Worse yet, Israel has cut off the supply of water, electricity, food, and commercial and humanitarian aid to Gaza for over a month aside from bombing hospitals, refugee camps and civilian buildings, all while issuing new eviction orders which have again forced the displacement of hundreds of thousands of Palestinians.
According to the joint statement from the heads of six world organisations (WHO, UNICEF, UNOPS, WFP, OCHA, and IOM), ‘more than 1.2 million people are trapped, bombed and starved again, while, at crossing points, food, medicine, fuel and shelter supplies are piling up, and vital equipment is stuck.’
‘We are witnessing acts of war in Gaza that show an utter disregard for human life,’ the statement continues.
US President Donald Trump stated in a joint press conference with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu in Washington on the 7th of April that he foresees an end to the war in Gaza soon, additionally expressing that its residents will be expelled from their land and that Gaza will be taken over by the US to be developed as an entertainment oasis.
With this, it has become clear that Israel and the US have no intention for peace and the restoration of justice for the Palestinians, rather wishing to re-enact the Nakba of 1948 – a total displacement of Palestinians from their homeland in bringing to fruition the Erez Israel or Greater Israel agenda.
The Muslim ummah must not allow this to happen. We should not stay silent and take a neutral or passive stance. Allowing the Gazans to be slaughtered and displaced is equivalent to handing over the al-Aqsa Mosque to the Zionist Israelis to be demolished and replaced with Solomon’s Temple, a vile Zionist agenda that has long been in wait.
Therefore, the assertions outlined in the 15 articles of the IUMS decree must be comprehended and heeded by the whole ummah and Islamic countries in order to safeguard the creed and best interests of Muslims at large.
Malaysians should realise that the decree is binding not only upon individuals, but also on society and the country. As such, HIKAM calls upon the government and its involved agencies, the private sector, humanitarian and religious organisations, the social media and Malaysian citizens at large to peruse and observe the contents of the decree.
All parties must grasp that the implementation of the decree should be in accordance with outlines issued by the ruler of a country (or ulil amri), personal capacity, and the law. Hence, compliance to the decree is variable and conditional.
Several of the recommendations have already been well-executed, such as boycotting companies which either directly or indirectly contribute to Israel’s economy. Such efforts need to be intensified at individual, organisational, and governmental levels.
As individuals, Muslims should multiply their endeavours in aiding Palestine. As conveyed in the decree, prayers during obligatory and supererogatory worship should be increased. This similarly applies to financial, food, and medical aid.
HIKAM urges all parties to spread awareness of the plight of Palestinians amongst non-Muslims in Malaysia as well so that citizen support for steps taken by the government in the Palestinian issue are fathomed by all and does not cause misunderstanding and conflict.
The reality is that the Palestinian issue is not just a Muslim affair, but a more expansive matter involving the stripping and denial of basic human rights, a 21st century genocidal campaign.
We hope that widespread and sound comprehension of the IUMS fatwa catalyses awareness and positive actions amongst Malaysian people towards the freedom of Palestinians from the clutches of the Zionist regime and its accomplices.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Presidents of Himpunan Gerakan Malaysia (HIKAM)
Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman
President of WADAH
Hj Badlishah Sham Baharin
President of IKRAM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
President of ABIM
Dr. Hj Abdullah Sudin Ab Rahman
President of HALUAN