Kesihatan Mental di Tempat Kerja Perlu Lebih Perhatian

SEREMBAN – Pertubuhan KASIH Malaysia, BAKRIYAH dan Wanita IKRAM Malaysia menegaskan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

Terjejasnya kesihatan mental dan fizikal mempengaruhi bukan sahaja kualiti hidup tetapi juga produktiviti sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Umum mengiktiraf pejabat dirujuk sebagai tempat kerja bagi mereka yang bekerjaya. Namun mereka menegaskan, masyarakat juga harus sedar bahawa rumah adalah “tempat kerja” suri rumah setiap hari.

Ketiga-tiga pertubuhan ini telah mengeluarkan kenyataan bersama bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang akan disambut pada 10 Oktober 2024, menyeru perhatian terhadap kepentingan kesihatan mental di tempat kerja.

Menurut statistik yang dikongsikan, kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2023 menunjukkan bahawa satu daripada tiga pekerja di Malaysia mengalami stres berkaitan kerja.

Data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mendedahkan bahawa kira-kira 15% pekerja di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental seperti stres, kebimbangan dan kemurungan.

Ketiga-tiga pertubuhan ini menyokong penuh inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang telah:

  1. Memperuntukkan RM12 juta untuk melatih 10,000 pemberi pertolongan cemas kesihatan mental di tempat kerja secara percuma.
  2. Melaksanakan kemudahan permohonan aturan kerja anjal mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

 

Dalam kenyataan tersebut, mereka mengemukakan tiga saranan utama:

  1. Individu yang mempunyai simptom masalah kesihatan mental perlu mendapatkan bantuan profesional. Data KKM menunjukkan 70% pekerja Malaysia tidak mendapatkan bantuan walaupun mengalami stres yang teruk. Talian sokongan yang disediakan termasuk Talian KASIH oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Helpline MIASA.
  2. Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan menyokong kesejahteraan emosi serta psikologi. Usaha rawatan kerohanian seperti solat dan membaca serta memahami al-Quran, yang diketengahkan melalui program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa, juga dilihat sebagai cara menenangkan jiwa.
  3. Menyokong usaha majikan yang menyediakan sokongan kaunseling dan program bantuan pekerja (EAP). Menurut kajian Institute for Public Health (IPH), pekerja yang mempunyai akses kepada sokongan kesihatan mental adalah 25% lebih produktif.

 

Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa yang telah diadakan pada Sabtu, 5 Oktober bertujuan menjadi titik permulaan untuk meningkatkan kefahaman, empati dan menormalisasikan perbincangan mengenai kesihatan mental dalam masyarakat tanpa stigma.

Ketiga-tiga pertubuhan ini menekankan bahawa kesihatan mental adalah tanggungjawab bersama dan dengan sokongan semua pihak, hasrat kerajaan untuk melahirkan individu, masyarakat dan negara yang sejahtera dapat dijayakan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia