SHAH ALAM – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan bersempena Majlis “3rd Annual Retreat Gala Dinner” anjuran Global Association of Islamic Schools (GAIS) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, di Mardhiyyah Hotel and Suites semalam.
Anugerah Kecemerlangan Sumbangan Pendidikan oleh Organisasi telah disampaikan oleh Presiden GAIS, Encik Zaffar Ahmed. Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin hadir untuk menerima anugerah tersebut.
Beliau yang ditemui selepas majlis menyatakan rasa syukur dan berbesar hati menerima anugerah tersebut mewakili Musleh Integrated Education Berhad yang tekun berusaha dalam menerajui pendidikan di Malaysia.
Majlis ini menghimpunkan barisan pentadbir, asatizah, tokoh pendidikan serta barisan aktivis pendidikan Islam khususnya sekolah swasta mahupun persendirian Islam dari seluruh dunia.
Persidangan kali ini antara lain membincangkan peranan pentadbir sekolah, pembinaan pendidikan karakter serta peranan dan pengalaman Malaysia mengukuhkan pentaksiran serta pengalaman negara lain dalam dunia pendidikan.