Ekstremisme & Islamofobia Ancam Perpaduan Negara

Ekstremisme & Islamofobia Ancam Perpaduan Negara | IKRAM

SHAH ALAM – “Kita bimbang dengan dua fenomena isu ekstremisme dan Islamofobia yang sangat membimbangkan baik dalam dunia global mahupun dalam negara,” demikian tegas  Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil dalam ucaptamanya pada seminar “Menangani Ekstremisme dan Islamofobia dalam Pembinaan Malaysia Madani” 

Program ini berlangsung pada Sabtu, 21 September lepas di Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Negeri Selangor (IKRAM Selangor), Shah Alam.

Beliau menekankan bahawa fenomena ini bukan sahaja mengancam keselamatan dalam dan luar negara tetapi juga menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. “Ekstremisme tanpa mengira ideologi boleh membawa kepada kekerasan dan keganasan, memecah-belahkan masyarakat dan menanam benih kebencian,” tambah beliau.

Azam turut menyentuh isu “ghuluw” atau kefahaman melampau dan fenomena “khawarij moden” yang mengkafirkan orang lain secara semberono. Beliau menegaskan bahawa takrifan kafir harbi dan kafir zimmi dari zaman silam tidak lagi relevan dalam konteks perkembangan dunia masa kini dan pembangunan negara bangsa moden terutamanya dalam pembinaan negara rahmah.

Mengenai Islamofobia, beliau menjelaskan, “Islamofobia ialah apabila ada ketakutan dan prejudis yang tidak berasas terhadap Islam dan umat Islam sehingga berlaku diskriminasi, penindasan dan ketidakadilan. 

Seminar ini dianjurkan oleh Allied Coordinating Council of Islamic NGOs (ACCIN) dengan kerjasama IKRAM Selangor, turut menyaksikan pelancaran buku “Mudahnya Islam: Memahami Islam Melalui Matlamatnya” karya Dr. Tareq Al-Suwaidan. 

Buku ini menggariskan potensi Islam dalam mengubah dunia menjadi lebih baik dengan menjadikan orang, masyarakat, dan persekitaran yang lebih baik. Ia menjawab persoalan mengapa dan bagaimana Islam menyumbang kepada pembangunan positif, sambil menginspirasi umat Islam untuk mencapai matlamat mulia agama ini selaras dengan ajaran Al-Quran dan teladan Nabi Muhammad SAW.

Panel perbincangan yang dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pendidikan Masyarakat (JKPM) IKRAM, Hj Roslan Mohamad melibatkan Dr. Azman Hussin dari Kementerian Dalam Negeri, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin dari  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Faisal Hamdi Ghouth.

Seminar ini merupakan usaha penting dalam mempromosikan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, terutamanya dalam menghadapi cabaran semasa. 

Walaupun ekstremisme dan Islamofobia merupakan fenomena yang saling bertentangan, kesan negatifnya terhadap masyarakat adalah sama. Kedua-duanya berpotensi mewujudkan suasana tidak aman, meningkatkan ketegangan antara kaum serta agama, dan seterusnya menghalang pembinaan Malaysia Madani. Justeru, seminar ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menangani isu-isu sensitif ini, sekaligus menyokong aspirasi negara ke arah masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia