Dua Beradik Harumkan Nama Malaysia di Persada Antarabangsa

 

SERI KEMBANGAN – Dua orang adik-beradik pemanah berkuda cilik Malaysia telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dalam Gauchoux Open Horseback Archery Competition: European Kids Championship 2024 yang berlangsung di Perancis dari 21 hingga 24 Ogos lalu.

Abdurrahman Ahmad Mu’az, 14, dan adiknya Heba Nusaybah, 11, muncul sebagai satu-satunya wakil Malaysia dalam kejohanan yang disertai lebih 110 peserta dari 16 negara di serata dunia termasuk Perancis, Belanda, Indonesia, Finland, England, Sepanyol, Jerman, Turki, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Meskipun baru pertama kali beraksi di kejohanan ini, kedua-dua adik-beradik ini berjaya meraih pingat, membuktikan kebolehan mereka di arena global.

Abdurrahman cemerlang dengan merangkul gelaran juara keseluruhan kategori 13-14 tahun, manakala Heba turut membanggakan dengan kedudukan naib juara dalam kategori bawah 12 tahun.

Lebih membanggakan, pasangan adik-beradik ini mengambil inisiatif mengumpul dana melalui penjualan kuih untuk membiayai perjalanan ke Perancis. Usaha gigih mereka bukan sahaja membolehkan penyertaan dalam kejohanan, malah membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

Dalam sebuah wawancara radio, ibu kepada dua pemanah cilik tersebut, Nurul Fathim Ridayu Ramli, berkongsi bahawa seluruh keluarga, termasuk datuk dan nenek, turut menyumbang kepada dana perjalanan mereka.

Namun, beliau menekankan bahawa inisiatif mengumpul dana melalui penjualan kuih adalah usaha untuk menanamkan nilai berusaha dalam diri anak-anak bagi mencapai impian mereka.

Adik-beradik ini merupakan anak-anak kepada pasangan Ahmad Mu’az Mohd Nawawi dan Nurul Fathim Ridayu Ramli, ahli IKRAM kawasan Wangsa Maju.

Pencapaian Abdurrahman dan Heba membuktikan bahawa atlet muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Semangat dan kesungguhan mereka patut dipuji. Kejohanan ini bukan sahaja membuka mata dunia terhadap potensi atlet muda Malaysia, tetapi juga mempromosikan sukan memanah berkuda di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Abdurrahman dan Heba Nusaybah atas pencapaian cemerlang mereka dalam pertandingan tersebut.

Kejayaan dua beradik ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi juga membanggakan komuniti IKRAM.

IKRAM turut ingin merakamkan penghargaan kepada Ahmad Mu’az dan Nurul Fathim atas dedikasi mereka dalam mendidik dan menyokong bakat anak-anak. Komitmen keluarga ini dalam memupuk nilai-nilai murni seperti kegigihan, disiplin dan semangat juang tinggi merupakan contoh terbaik kepada masyarakat.

Kejayaan cemerlang ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan dan inspirasi kepada generasi muda Malaysia.

Kecekalan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh kedua-dua adik-beradik ini boleh menjadi teladan kepada atlet-atlet muda lain dalam mengejar kecemerlangan sukan di pentas dunia.

Kredit gambar: Harian Metro

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia