Jepun Teruskan Pelepasan Sisa Air Nuklear Fukushima

Jepun Teruskan Pelepasan Sisa Air Nuklear Fukushima | IKRAM

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengumumkan pelepasan air nuklear yang dirawat dalam Sistem Pemproses Cecair Lanjutan (ALPS) ke lautan tidak boleh ditangguhkan lagi. Beliau mengumumkannya selepas menghadiri mesyuarat jemaah menteri di Tokyo.

“Sebagai langkah permulaan dalam kadar segera, kita akan meminta Tokyo Electric Power Company (TEPCO) menyediakan pelan pelepasan air ke lautan berdasarkan pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Nuklear.” 

Menurut beliau, pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima akan dimulakan pada hari ini (24 Ogos) jika cuaca dan laut berkeadaan baik.

Bencana gempa bumi Tohoku dan Tsunami di Fukushima pada 11 Mac 2011 telah mengakibatkan tragedi yang sukar dilupakan.

Darurat nuklear diisytiharkan ekoran kerosakan teruk di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi yang mengakibatkan peleburan teras sehingga terjadi kebocoran radiasi. Tiga reaktor di loji terjejas dalam malapetaka tersebut. 

Hampir AS$150 bilion telah dibelanjakan untuk membersihkan kemalangan atom terburuk sejak bencana Chernobyl pada tahun 1986 itu.

Lebih sedekad telah berlalu dan loji ini masih menghasilkan 100 meter padu sisa air setiap hari. Campuran air bawah tanah dan air laut digunakan untuk memastikan reaktor sejuk sebelum ditapis dan disimpan di dalam tangki.

Terdapat 1,000 tangki di tapak tetapi ruang penyimpanan ini dijangka mencapai kapasiti maksimum menjelang akhir 2024.

Pada masa ini, terdapat 1.34 juta meter padu air terawat di tapak, yang merangkumi 98 peratus daripada jumlah kapasiti. Amaun ini bersamaan dengan 530 kolam renang bersaiz Olimpik. 

Kerajaan Jepun mengumumkan pada April 2021 lalu bahawa ia merancang untuk melepaskan secara beransur-ansur air sisa terawat yang telah terkumpul di loji itu sejak berlakunya bencana tersebut. 

Pengendali loji, TEPCO berkata, tempoh pembuangan air ke lautan ini akan memakan tempoh 30 hingga 40 tahun. 

ALPS digunakan untuk mengeluarkan kebanyakan radionuklid daripada air tercemar bagi memenuhi piawaian kawal selia bagi pelepasan. Namun, tritium tidak boleh digunakan melalui penulenan dan kekal dalam air terawat.

Walaupun kebanyakan unsur radioaktif telah ditapis, namun air terawat ini masih mengandungi tritium, isotop yang sukar untuk diasingkan daripada air kerana sifatnya secara kimia yang serupa dengan hidrogen. 

Menurut IAEA, tritium mungkin menunjukkan bahaya sinaran jika dihidu atau ditelan tetapi hanya berbahaya kepada manusia dalam dos yang sangat besar. Namun, kesahihannya hanya dapat diketahui pada tempoh waktu yang panjang.

TEPCO telah giat berusaha menyantuni penduduk setempat dan pemegang taruh lain, namun kesatuan nelayan di Fukushima tetap membantah perancangan kerajan Jepun untuk melepaskan sisa air nuklear kerana khuatir usaha ini akan menjejaskan reputasi industri perikanan mereka dengan teruk.

Rancangan Jepun ini mendapat sokongan IAEA yang mempertahankan bahawa proses penyingkiran air daripada loji nuklear adalah seperti prosedur yang dilakukan di loji nuklear serata dunia. 

Cecair yang mengandungi tritium juga dijana di loji tenaga nuklear dan loji pemprosesan semula di seluruh dunia dan dialir ke sungai dan lautan.

Pada tahun 2011, loji pemprosesan semula di Perancis telah mengeluarkan 10,000 trillion becquerel. Ini adalah kira-kira 450 kali ganda lebih banyak daripada had tahunan tritium yang akan dikeluarkan daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Negara China yang turut menentang pelepasan air terawat ini juga telah pernah beberapa kali mengeluarkan beberapa kali ganda jumlah tritium berbanding jumlah maksimum di loji Fukushima Daiichi.

Pelupusan 1.3 juta tan air daripada loji Fukushima Daiichi akan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 tahun. Banyak kebimbangan dizahirkan oleh beberapa pemimpin negara dan pertubuhan alam sekitar.

Dikhuatiri bahan radioaktif dalam kuantiti yang banyak akan tersebar ke laut dalam beberapa dekad akan datang, mencipta bencana terhadap alam dan kesihatan.

Sumber: Channel News Asia & Nikkei Asia

Foto: science.org

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia