Threads Kumpul 100 Juta Pengguna Dalam 5 Hari

Threads Kumpul 100 Juta Pengguna Dalam 5 Hari | IKRAM

Sebanyak 100 juta pengguna aplikasi Threads dilaporkan hanya dalam tempoh lima hari selepas ia dilancarkan.

Diperkenalkan oleh Meta sebagai pesaing Twitter, Threads sekali gus menewaskan rekod instrumen ChatGPT oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai aplikasi pengguna yang berkembang dengan pantas.

Threads dilancarkan di aplikasi Apple dan Android di 100 buah negara pada minggu lalu, namun ia tidak mempunyai akses di negara-negara Eropah berikutan masalah undang-undang yang sedang dihadapi oleh pejabat induknya, Meta berhubung perundangan privasi dengan Kesatuan Eropah.

Twitter pula dianggarkan memiliki sekitar 200 juta pengguna tetap, namun ia kerap kali mengalami masalah teknikal khususnya selepas jutawan Elon Musk membeli platform tersebut tahun lalu dan memberhentikan ribuan kakitangannya.

Musk yang juga pemilik Tesla dan SpaceX telah memperkenalkan banyak peraturan termasuk mengenakan bayaran yang sebelum itu ditawarkan percuma selain mengenakan tindakan akaun dilarang aktif di platform tersebut.

Sebenarnya terdapat beberapa pesaing lain yang muncul, tetapi sebahagian besar daripadanya adalah platform kecil yang tidak memiliki keupayaan untuk berkembang dii skala yang diperlukan untuk menggulingkan Twitter.

Berbeza dengan Threads yang ‘beruntung’ kerana mempunyai akses secara langsung dengan Instagram yang memiliki lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Musk baru-baru ini telah mengancam akan mendakwa Meta atas tuduhan merompak rahsia dagangan dan harta intelek, iaitu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat yang turut menjadi pemilik Facebook dan WhatsApp itu.

Bukan itu sahaja, Musk juga berhadapan ‘konflik’ dengan Mark Zuckerberg yang juga pemilik Meta dengan kedua-duanya saling mengajak bertarung dalam sebuah pertarungan baru-baru ini.

Sebelumnya, selepas empat jam Meta melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baharu itu berjaya mencatatkan lima juta pendaftaran.

“Baru melepasi lima juta pendaftaran dalam empat jam pertama,” umum Zuckerberg menerusi akaun Threads miliknya.

Dikatakan platform yang menjadi pesaing Twitter milik Elon Musk itu dilihat mampu menjadi fenomena baharu media sosial.

Terdahulu, ChatGPT mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkan 100 juta jumlah pengguna, manakala aplikasi TikTok pula mengambil masa sembilan bulan sementara Instagram pula hanya berpeluang menerima jumlah pengikut yang sama selama dua tahun setengah selepas dilancarkan pada tahun 2010.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia