Peluang Mualaf Rasai Pengalaman Korban

Peluang Mualaf Rasai Pengalaman Korban | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sempena Aidiladha, Hidayah Centre Foundation  (HCF) menganjurkan program Qurban for Mualaf untuk memberi peluang pada orang ramai untuk terlibat sama menyantuni golongan mualaf yang jarang merasai pengalaman pelaksanaan ibadah korban.

Menurut Pengarah Jabatan Operasi HCF, Hj Ab Rahim Abdul Hamid, program Qurban for Mualaf telah memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya sejak 2017.

“Bermula tahun 2019, HCF telah meluaskan capaian programnya ke  Sabah dan Sarawak dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan para mualaf. Ramai dalam kalangan mereka tidak pernah merasai daging korban,” kata beliau yang juga Pengarah Qurban for Mualaf 2023.

Menerusi program ini jelasnya, golongan mualaf dan keluarga mereka didedahkan mengenai konsep ibadah korban seperti adab-adab melaksanakan ibadah korban merangkumi penyembelihan, pengagihan daging dan nilai lain yang bersangkutan dengannya.

“Ini sekali gus menambah penghayatan mereka terhadap Islam sempena Hari Raya Aidiladha.”

Tambah Hj Ab Rahim, program ini turut menawarkan ruang medan dakwah bagi peserta Qurban for Mualaf apabila dapat menarik ahli keluarga mereka yang belum Muslim mengenali dan merasai keindahan Islam serta menyertai program-program yang dianjurkan.

Bagi tahun 2023, Qurban for Mualaf kali ini menyasarkan 46 ekor haiwan korban yang akan dijalankan di 12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sehingga kini,  sebanyak 188 bahagian telah terjual.

Oleh itu, HCF mengalu-alukan penyertaan untuk mencukupkan lagi lapan bahagian di Semenanjung.

Amalan korban ini pastinya menghadirkan kegembiraan dan memupuk rasa kasih antara pemberi dan juga penerima dalam kalangan mualaf, seterusnya mengangkat nilai mulia dan menjadi medan dakwah yang subur.

“Ayuh sertai ibadah korban bersama-sama HCF. Sama-sama kita ukirkan senyuman di wajah para mualaf. “ 

Untuk menyertai Qurban for Mualaf, mereka yang berminat boleh melayari pautan http://bit.ly/Q4M2023. Sebarang infak atau sedekah umum turut diterima. 

Sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan pihak penganjur atau menghantar mesej Whatsapp di talian 011-58845399.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia