Bebaskan Segera Ghannoushi, Kembalikan Demokrasi di Tunisia

Bebaskan Segera Ghannoushi, Kembalikan Demokrasi di Tunisia

Kenyataan Media Bersama WADAH, IKRAM dan ACCIN

1. Kami mengikuti perkembangan mendukacitakan yang berlaku di Tunisia yang bermula pada malam 27 Ramadan 1444 dengan penuh rasa bimbang.

Ramadan yang mulia yang berada di kelompok 10 akhirnya telah dicemari dengan kezaliman penahanan Rached Ghannoushi, 82 tahun, pemimpin Ennahda dan mantan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia atas tohmahan palsu menggugat kestabilan negara yang dilemparkan ke atasnya.

Segala hak asasinya sebagai rakyat telah dinafikan dan pasukan peguamnya telah dihalang untuk membantu dan mewakilinya.

2. Kami secara tegas mengutuk sekeras-kerasnya penahanan yang bercanggah dengan lunas undang- undang dan hak asasi manusia sejagat. Beliau perlu segera dibebaskan atau dilakukan pendakwaan jika beliau benar-benar bersalah.

3. Kami menggesa semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan cara yang baik dan aman, menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan hak dan kebebasan semua warga Tunisia terjamin. Pejuang hak asasi seluruh dunia harus bersatu menentang kezaliman ini.

4. Kami menyatakan solidariti kami ke atas Ghannoushi dan menuntut pihak berkuasa di Tunisia bertindak atas lunas undang-undang dan memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang politik, bangsa atau agama.

Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM)
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia