SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) mengangkat wanita sebagai Yang Dipertua (YDP) pada Mesyuarat Agung Tahunannya yang berlangsung hari ini, di sini.
Puan Siti Nur Adibah Zulkafli dilantik berdasarkan undian terbanyak daripada ahli BAKIM menggantikan tempat YDP terdahulu, En Md Nasir Tampol.
“Terima kasih kepada ahli BAKIM kerana memberikan kepercayaan untuk saya memikul tanggungjawab ini,” ujar Adibah dalam ucapan awalnya setelah terpilih.
Mantan Setiausaha BAKIM sesi 2020-2022 itu berkata, beliau akan menjalankan amanah yang diberikan ini dengan sebaiknya.
“Insya-Allah, saya bersama barisan kepimpinan BAKIM 2023-2025 akan berusaha membawa suara-suara ahli BAKIM agar kebajikan mereka terjaga.”
Dalam perkembangan lain, Adibah menzahirkan rasa syukur dengan kepercayaan yang diberikan ini.
“Ini juga adalah antara usaha merealisasikan 30 peratus kepimpinan wanita sebagaimana yang diserukan. Maka, sokongan serta kefahaman perlu ada bagi mewujudkan ekosistem kepimpinan wanita yang lebih baik, insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi mesyuarat agung tersebut.
Beliau juga turut berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk sesi kali ini. Mesyuarat kali kelima yang dihadiri oleh hampir 40 orang kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.
Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014 yang berperanan menjaga kebajikan ahli dan memberikan khidmat bantuan bagi ahli yang ditimpa kesusahan atau musibah.
Selain itu, badan ini berperanan mewujudkan platform untuk ahli sebagai saluran komunikasi antara kakitangan dengan majikan bagi meningkatkan kebajikan dan mutu perkhidmatan.
Ahli Jawatankuasa BAKIM bagi sesi 2023-2025:
Yang Dipertua: Puan Siti Nur Adibah Zulkafli
Timbalan Yang Dipertua: En Mohd Shukur Zawawi
Setiausaha: Puan Sarah Azmin
Bendahari: Puan Hanifah Jailani
Ahli Jawatankuasa:
Puan Aminah Tajul Arifin