IKRAM Di Konvensyen AMANAH, Muktamar Sanawi ABIM

IKRAM Di Konvensyen AMANAH, Muktamar Sanawi ABIM | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin meraikan jemputan menghadiri Konvensyen Nasional 2022 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Klana Resort, Seremban pada Sabtu.

Selain perwakilan dan pemerhati parti AMANAH, jemputan lain terdiri daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun, YB Anthony Loke, YB Nik Nazmi dan wakil-wakil kedutaan luar negara serta kepimpinan NGO.

Ucapan Presiden dan perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Amanah, YB Hj Mohamad Sabu.

“IKRAM berharap semua parti dan ahli politik jujur memperjuangkan hak rakyat, berganding bahu memacu negara tercinta ke mercu kegemilangan global.”

Dalam pada itu, beliau turut mengambil maklum segala lontaran pemikiran serta saranan yang dianjurkan.

“Rakyat juga mesti terlibat dalam proses demokrasi dan pilihan raya dengan memilih kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa demi masa depan negara tercinta.”

Turut mengiringi Presiden IKRAM pada konvensyen ini ialah Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden IKRAM, Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Sanawi ke-51 ABIM dan Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam, di Bangi Avenue Convention Centre, di sini.

Turut hadir mewakili IKRAM ialah Pn Izzah Fakhruldin, Bendahari IKRAM Muda.

Ucaptama dan perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Emeritus International Institute of Islamic Thought (IIIT), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden ABIM ke-2, manakala Ucapan Dasar disampaikan oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abd Aziz.

“Tahniah kepada ABIM atas sempena muktamar dan penganjuran persidangan ini,” ujar Dato’ Dr Hassan Basri.

Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam pula menampilkan tokoh-tokoh akademik tempatan dan antarabangsa, antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty, Prof. Dato’ Dr Mohammad Redhuan Othman, Prof. Dr Khairudin Aljunied (Singapura) dan Prof. Dr Azyumardi Azra (Indonesia).

“Moga Allah memberkati usaha dan perjuangan berterusan ABIM selama 51 tahun menabur bakti untuk pembangunan ummah.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia