Kes HFMD meningkat 15 kali ganda, Selangor tertinggi

Kes HFMD Meningkat 15 Kali Ganda, Selangor Tertinggi

SERI KEMBANGAN – Jumlah kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini meningkat pada kadar membimbangkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes HFMD meningkat sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.

“Sebanyak 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 yang berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara,” katanya.

Dalam kenyataan semalam beliau berkata, majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska atau prasekolah iaitu 575 wabak atau 65 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti oleh rumah persendirian dengan 305 wabak (34 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 27 wabak (tiga peratus).

“Selangor menyumbang jumlah kes terbesar HFMD dengan 8,864 kes iaitu 28 peratus daripada keseluruhan, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 4,421 kes (14 peratus), Sabah 2,650 kes (8 peratus), Perak 2,638 kes (8 peratus) dan Kelantan 2,493 kes (7.9 peratus), sementara negeri-negeri lain melaporkan kurang daripada 1,500 kes,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebanyak 889 wabak dilaporkan di Malaysia iaitu tiga negeri tertinggi ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 309 wabak (35 peratus), diikuti Selangor dengan 111 wabak (12 peratus) dan Perak 105 wabak (12 peratus).

“Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 29,781 kes (94 peratus), diikuti kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes,” kata beliau.

Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi.

Beliau memperingatkan bahawa penyakit tersebut merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan orang ramai boleh melaporkan kes kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa penyakit HFMD berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran dengan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun hampir 100 peratus, terutama di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti taska, tadika atau sekolah.

Justeru, ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom jangkitan dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam, taska atau tadika dan membawa anak untuk mendapatkan rawatan, selain membersihkan permainan anak serta lantai rumah terutama di tandas.

Sebagai langkah proaktif mengekang penularan penyakit berjangkit, beliau berkata, Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera telah mengaktifkan ciri terbaharu pengesanan penyakit berjangkit bagi mengesan kes selain COVID-19 seperti Rabies, denggi dan demam campak.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia