Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dilakukan sebanyak dua rakaat, diikuti dengan mendengar khutbah Aidilfitri pada pagi 1 Syawal dan hukumnya adalah sunat.

Segala rukun dan syarat solat Aidilfitri serta sunat-sunatnya sama seperti solat fardu lima waktu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama dan lima (5) kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bacaan tasbih di antara tiap-tiap takbir.

 

1. Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”

 

2. Lafaz tasbih

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]

 

Cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyebut “Allahu Akbar” disertakan dengan niat dalam hati.

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”

2. Membaca doa iftitah.

3. Lafaz takbir tujuh (7) kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan:

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca Surah al-A’laa).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

 

Rakaat kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Lafaz takbir lima (5) kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan:

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر ]

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca Surah al-Ghaasyiyah).

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

 

Khutbah Aidilfitri

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun, sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.

 

Sumber: JAKIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia