Tahniah buat enam pelajar Malaysia ke Harvard

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar peringkat ijazah Sarjana Muda Universiti Harvard.

 

“Tahniah saya ucapkan kepada enam pelajar muda tanah air yang akan menjejakkan kaki ke Harvard College, sekolah peringkat sarjana muda bagi Universiti Harvard yang merupakan universiti terkemuka dunia,” katanya menerusi Facebooknya.

 

Beliau menganggap kejayaan enam pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara dan turut mendoakan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

 

Keenam-enam pelajar tersebut ialah Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong dari Sabah, Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

 

Kesemua pelajar berkenaan dijangka akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026.

 

“Bilangan pelajar Malaysia yang diterima menuntut di institusi pengajian itu kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara,” kata salah seorang penemu duga Alumni Harvard College untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob.

 

Mereka yang berjaya dipilih daripada 61,220 orang pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang terendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

 

Sebelum ini, maksimum hanya dua pelajar dari Malaysia atau tiada langsung yang diterima masuk ke universiti tersebut.

 

Foto: Forbes

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia