Omicron: Kekal fokus perangi pandemik – WHO

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan saranan agar negara dunia kekal fokus dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

 

“Penularan varian Omicron tidak boleh dianggap sebagai penamat fasa akut bagi virus tersebut,” kata Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

 

Amaran ini dikeluarkan Dr Tedros pada mesyuarat lembaga eksekutif WHO.

 

“Dunia perlu sentiasa bersedia dengan kemunculan varian baharu.”

 

Beliau menegaskan bahawa varian Omicron yang tidak menyebabkan simptom serius memberikan tanggapan bahawa pandemik COVID-19 sudah berlalu.

 

“Kadar vaksinasi populasi dunia perlu ditingkatkan ketika pandemik kini memasuki tahun ketiga,” tegas beliau mengulangi pendiriannya.

 

Dalam pada itu, negara-negara dunia juga perlu memaksimumkan langkah pencegahan dan keselamatan, termasuk ujian serta proses inokulasi.

 

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 3,214 kes positif dan 10 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

 

Daripada jumlah tersebut, satu kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

 

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini,” menurut data KKM di portal CovidNow.

 

Dalam pada itu, terdapat 45,208 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, seramai 37,772 individu dikuarantin di rumah manakala 4,528 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

 

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 2,762 kes dirawat di hospital dan 146 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

 

Kes ICU pula membabitkan 81 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia