Komuniti India, Sabah terkesan pandemik dibantu

SERI KEMBANGAN – Baru-baru ini Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan bantuan kepada lebih 200 buah keluarga terdiri daripada komuniti India dan Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

 

Bantuan pek makanan telah diagihkan kepada 100 buah keluarga di SJK (Tamil) Ladang Batang Kali, Hulu Selangor dan SJK (Tamil) Bestari Jaya, Kuala Selangor serta 50 buah keluarga di SJK (Tamil) Cheras, Kuala Lumpur.

 

Menurut MyCARE, pek makanan tersebut mengandungi beras, telur, minyak, tepung, gula dan barangan khusus untuk etnik India seperti tepung maruku, kacang dal, rempah ratus dan lain-lain.

 

Dalam pada itu, MyCARE tampil menyampaikan bantuan kepada 50 keluarga dalam kalangan penerima yang berasal dari Sabah di Masjid Taming Jaya, Balakong.

 

“Mereka ini bekerja di kilang-kilang di sekitar Taming Jaya dan Balakong. Mereka sangat terkesan semasa Covid-19 ini kerana banyak kilang yang mengurangkan pekerja dan jadual kerja mereka juga dikurangkan.”

 

MyCARE melahirkan keyakinan, dengan bermulanya Fasa 4 PPN ini, mereka akan dapat bangkit semula bekerja mencari pendapatan untuk keluarga.

 

Di Kajang, MyCARE dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Flat Taman Bukit Kenangan, Encik Abdul Rahim telah mengagihkan pek makanan asasi kepada 50 buah keluarga B40 di flat tersebut.

 

Penerima terdiri daripada kalangan mereka yang berasal dari Sabah dan telah lama menetap di sini yang mana kebanyakannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurujual di kedai telefon bimbit yang sangat terkesan sepanjang PKP ini. 

 

“Kedai telefon bimbit tempat mereka bekerja ditutup, syarikat keselamatan buang pekerja atau mengurangkan jam kerja, namun sewa rumah masih tetap perlu dibayar seperti biasa. Inilah antara cabaran kehidupan yang dialami mereka.”

 

Selain komuniti India dan Sabah, komuniti Rohingya turut disantuni oleh MyCARE dengan kerjasama Ustaz Rafik Shah daripada Human Aid Selangor.

 

Bantuan berupa pek makanan asasi telah disalurkan kepada 100 keluarga Rohingya di sekitar Taman Sri Selayang dan 100 keluarga lagi sekitar Taman Industri Bolton, Gombak. 

 

“Rata-rata mereka bekerja mengutip besi buruk, bekerja di kedai makan dan kilang kecil di sekitar Gombak dan Selayang.”

 

MyCARE turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Buruj dan rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia