Berasa diri hamba agar tidak sombong

Menelusuri kehidupan seharian dengan berfikir akan pelbagai perkara duniawi, kita seharusnya punyai masa, bahkan harus kerap meletakkan wajah dan muka kepala kita ini ke atas tanah.

 

Dengan melazimi sujud menunaikan solat, ia sepatutnya akan menyedarkan kita sebagai seorang hamba yang lemah lagi hina.

 

Perkataan hamba itu sewajarnya menyebabkan kita sentiasa merasakan diri ini sangat kecil dan kerdil.

 

Bagi diri kita, untuk merasakan kerdil, ia adalah satu perkara yang sangat penting kerana mampu mengubah persepsi kita terhadap kehidupan di atas muka bumi ini. Salah satu metode untuk merasakan diri kita ini kerdil adalah dengan melihat dan mendongak ke langit.

 

Pada waktu malam yang gelap gelita, nun di atas sana kita melihat gugusan bintang-bintang di langit seolah-olah satu lakaran lukisan yang begitu menakjubkan dan kita akan dapat melihat betapa luasnya, hebatnya langit serta betapa besarnya alam semesta ini.

 

Yang dilihat itu adalah hanya lapisan langit dunia. Langit yang mana setakat boleh dilihat dengan mata kasar dan sekadar penglihatan seorang manusia.

 

Selain itu, tatkala kita melihat alam yang begitu luas tersebut, sedarlah bahawa itu hanyalah alam yang kita boleh lihat dengan mata kasar kita. Yang berada jauh dari itu, kita tidak mampu melihatnya atas keterbatasan kita sebagai seorang manusia.

 

Pada waktu siang, kita nampak matahari yang tidak pernah jemu menyinari bumi ini, namun matahari yang kita lihat itu bukanlah matahari yang ‘live’. Itu adalah matahari yang 9-10 minit lalu.

 

Hal ini kerana, ia mengambil masa 9-10 minit imej matahari untuk sampai ke bumi agar kita dapat melihatnya. Kita tidak boleh bahkan tidak mampu untuk melihat matahari yang sebenar secara langsung. Apa yang kita mampu adalah melihat matahari pada 9 minit lepas.

 

Duhai manusia, kita adalah insan yang kerdil. Kita tidak mampu untuk melihat bintang yang paling dekat dengan bumi. Itu pun baru matahari, belum kita bicara soal jutaan bintang yang lain bertebaran di alam semesta sana.

 

Oleh itu, cuba kita bayangkan kalaulah kita ni berasa sombong, seolah-olah hebat sangat, bagus sangat, banyak sangat ilmu. Kita ini siapa di alam ini?

 

Kita hanyalah satu daripada berbilion manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Itu belum dikira lagi dengan yang sudah meninggal dunia dan yang akan dilahirkan. Jadi, siapa kita?

 

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.” (Surah Al-Israa’ : 37)

 

Dan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini hadir untuk menampar diri kita yang selama ini angkuh.

 

Jika selama ini kita gentar dan takut akan perkara-perkara yang besar, namun akhirnya yang membunuh jutaan nyawa manusia ketika ini, yang menjangkiti ratusan juta manusia adalah sejenis makhluk yang sangat kecil iaitu virus.

 

Justeru itu, untuk kita mempunyai sifat kehambaan dalam keberagamaan ini, kita perlu mengambil agama itu untuk mendidik diri kita supaya insaf akan hakikat bahawa diri kita adalah seorang hamba. Hamba, terhad dan terbatas.

 

Jadinya, semasa kita membangunkan keghairahan dan upaya intelektual kita, kita harus semaikan sifat hamba.

 

Dengan itu, kita seharusnya boleh menangis bersendirian mempercayai dan memikirkan bahawa kita ini tiada apa-apa serta takut kerana diri ini sentiasa sombong. Justeru itu, dengan mengetahui bahawa diri kita hanyalah insan yang kerdil, mana mungkin kita akan sombong dalam kehidupan ini.

 

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.” (Sahih Muslim, 51)

 

Kerana sombong ini menjadi penghalang besar untuk kita memasuki syurga Allah SWT kelak. Jadi… masihkah kita sombong?

 

Muhammad Ashrul Affiq Abd Halim

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia