Syria: Kancah peperangan lebih sedekad

Apa khabar saudara-saudara kita di Syria? Bagaimana kehidupan mereka setelah lebih satu dekad suasana peperangan yang masih belum reda?

 

Dengan kuasa rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad memperkukuh kedudukan di negara yang dilanda perang dan kehancuran ekonomi, kesan campur tangan asing.

 

Yang mana, ketika rakyat Syria berarak di jalan raya pada 15 Mac 2011, mereka langsung tidak menyangka protes antikerajaan yang dilakukan itu bakal bertukar menjadi perang kompleks membabitkan pemberontak, pejuang jihad dan tentera asing.

 

“Hinggakan sejak tragedi itu, sekurang-kurangnya 384,000 individu terkorban, termasuk lebih 116,000 orang awam,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Negara Syria.

 

Konflik itu juga menyebabkan lebih 11 juta rakyat di dalam dan luar negara itu kehilangan tempat tinggal, sekali gus memaksa mereka menjadi pelarian.

 

Ternyata, revolusi selama sembilan tahun itu membuktikan betapa teruknya penderitaan mereka, antaranya dibuang menjadi pelarian, dibom, diancam maut dan sebagainya.

 

Selain itu, sedarkah kita bahawa berjuta-juta rakyat Syria berisiko kehilangan akses kepada bantuan menyelamatkan nyawa, termasuk semasa wabak Covid-19 ini? 

 

Puncanya seperti kata Human Rights Watch, jika Rusia mengesahkan kebenaran semula satu-satunya koridor bantuan yang tinggal dari Turki ke barat laut Syria.

 

Operasi rentas sempadan yang dihentikan

 

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seharusnya memperbaharui kebenaran untuk semua operasi rentas sempadan di rantau tersebut dan membenarkan penyambungan semula aliran bantuan dari Iraq ke timur laut Syria ketika resolusi dewan semasa yang akan berakhir pada 10 Julai 2021 akan datang.

 

“Menutup penyeberangan ini ke barat laut Syria, yang berada di bawah kawalan kumpulan antikerajaan, akan menjadi risiko dan bencana,” kata Pegawai kemanusiaan tertinggi PBB.

 

Kumpulan bantuan bukan PBB di timur laut Syria, yang kebanyakannya berada di bawah kawalan pentadbiran yang dipimpin oleh puak Kurdi, pihak berkuasa semi-autonomi mengatakan bahawa mereka tidak dapat membawa bantuan yang cukup sejak PBB dipaksa menghentikan operasi rentas sempadannya antara Iraq dan Syria pada Januari 2020.

 

Manakala, sehingga 31 Mei, hanya 17,500 dos vaksin Covid-19 untuk pegawai kesihatan dan bekalan yang terhad lain untuk keperluan pandemik telah sampai ke timur laut dari ibu kota Damaskus, akan tetapi tiada bantuan yang sampai ke arah barat laut.

 

“Menutup satu-satunya saluran penyelamat PBB di barat laut Syria akan menindas berjuta-juta manusia daripada mendapatkan bantuan dan menggetirkan lagi bencana kemanusiaan,” kata pengarah bersekutu Bahagian Krisis dan Konflik di Human Rights Watch, Gerry Simpson.

 

Menurutnya, penduduk di barat laut Syria dan berjuta-juta lagi di timur laut, harus menerima bantuan termasuk vaksin Covid-19 dan persediaan penjagaan kesihatan penting yang lain.

 

Rundingan telah dijalankan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk memperluaskan akses bantuan rentas sempadan ke kawasan di barat laut Syria.

 

Konflik yang memusnahkan

 

Namun pada Februari lalu, Rusia mengisyaratkan untuk menutup penyeberangan terakhir melalui Bab al-Hawa, ketika dijadualkan untuk memutuskannya di dewan sebelum tarikh akhir pada 10 Julai akan datang.

 

Sepuluh tahun konflik telah memusnahkan infrastruktur dan perkhidmatan sosial di Syria yang mengakibatkan keperluan kemanusiaan yang besar dan mengakibatkan berjuta-juta orang bergantung kepada bantuan. Terdapat kira-kira 13 juta orang Syria yang memerlukan bantuan kemanusiaan pada awal 2021.

 

Daripada jumlah itu, empat juta penduduk Syria di barat laut, termasuk sekurang-kurangnya 2.6 juta orang hidup terlantar kerana bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

 

Pada pertengahan April pula, kira-kira 55,000 dos vaksin Covid-19 telah sampai ke wilayah barat laut melalui Turki. Namun, PBB mengatakan situasi tidak jelas kerana, bagaimana vaksin akan sampai ke kawasan itu jika Majlis Keselamatan tidak memperbaharui mandat penyeberangan Bab al-Hawa?

 

Sebelumnya, pada Januari 2020, Majlis Keselamatan telah membatalkan mandat PBB untuk menggunakan persimpangan sempadan Yarubiyah antara Iraq dan timur laut Syria. Ini telah melambatkan usaha menyalurkan bantuan untuk sistem perubatan kesihatan yang rapuh bagi menangani pandemik yang melanda.

 

Peralatan yang terbatas

Statistik menunjukkan bahawa antara 11,000 dan 16,000 orang telah dijangkiti virus di timur laut, negara itu. Tetapi organisasi bantuan dan PBB mengatakan bahawa jumlah sebenarnya mungkin lebih tinggi berikutan keterbatasan peralatan. 

 

“Pada awal Mei, banyak hospital membunyikan penggera dan meminta bantuan sokongan asas yang diperlukan seperti oksigen, antibiotik dan peralatan pelindung diri agar dapat menangani peningkatan jumlah pesakit Covid-19 ini,” kata Médecins Sans Frontières.

 

Kerajaan Syria mempunyai sejarah yang panjang untuk menghalang apa yang disebut garis silang bantuan, bekalan yang melintasi dari bahagian yang dikendalikan oleh kerajaan ke bahagian yang tidak dikendalikan oleh kerajaan, seperti di barat laut dan timur laut.

 

Dalam pada itu, Rusia juga tidak mahu menekan Damsyik untuk membenarkan bantuan sampai ke barat laut dan meningkatkan bantuan ke timur laut Syria.

 

Ancaman Rusia

 

Pada tahun 2014, Majlis Keselamatan mengakui bahawa kerajaan Syria secara sewenang-wenangnya dan tidak adil menghentikan persetujuan untuk operasi bantuan serta terus-menerus menghalang kiriman bantuan bekalan kemanusiaan. 

 

Namun, ia membenarkan PBB untuk memindahkan bekalan dari Turki, Iraq dan Jordan ke barat laut, timur laut dan selatan Syria.

 

 Oleh kerana ancaman Rusia untuk menguasai mandat tersebut, Majlis Keselamatan pada 10 Januari 2020, secara rasmi menghapuskan dua penyeberangan perbatasan yang dibenarkan, selain menghentikan semua bantuan rentas sempadan PBB ke timur laut dan selatan Syria.

 

Pada bulan Julai 2020 pula, negara itu menamatkan persimpangan Bab al-Salam dan Bab al-Hawa yang menjadi satu-satunya pilihan dan diselaraskan oleh PBB untuk organisasi bantuan di barat laut Syria.

 

Resolusi 2014 juga membolehkan agensi PBB menerima dana kecemasan untuk program bantuan PBB, NGO antarabangsa dan Syria serta menyelaraskan operasi bantuan di negara itu.

 

“Jika Majlis Keselamatan tidak memperbaharui resolusi Julai 2020 yang membenarkan bantuan disalurkan dari Turki ke barat laut Syria, agensi PBB tidak akan mempunyai mandat khusus untuk membeli bekalan atau menjalankan serta menyalurkan bantuan lain,” kata seorang pegawai kanan PBB kepada Human Rights Watch.

 

Human Rights Watch turut melaporkan bahawa agensi bukan PBB jauh daripada kemampuan PBB untuk mendapatkan bekalan dan memindahkan ke barat laut, negara itu.

 

“Menghentikan pemberian bantuan PBB melalui Bab al-Hawa dan mengakhiri pembiayaan PBB, termasuk gaji ribuan doktor dan jururawat, akan merampas bantuan kepada berjuta-juta orang,” ujar PBB yang berulang kali menyatakan kebimbangan ini dalam banyak laporan dan taklimat kepada Majlis Keselamatan, termasuk pada akhir Mei lalu.

 

Undang-undang perang

 

Tahukah kita, di bawah undang-undang perang, Syria berkewajipan untuk membenarkan dan memudahkan pemberian bantuan kemanusiaan yang cepat serta tanpa halangan kepada orang awam yang memerlukan, dan mungkin tidak menahan persetujuan operasi bantuan dengan alasan sewenang-wenangnya.

 

Semua pihak yang terlibat dalam konflik, termasuk Rusia dan negara-negara lain yang bersangkutan, harus membenarkan dan memudahkan saluran bantuan tersebut.

 

Dalam pada itu, Syria juga diwajibkan di bawah undang-undang hak asasi manusia untuk menjamin hak untuk kesihatan dan taraf hidup yang memadai, termasuk makanan dan tempat tinggal rakyatnya.

 

Dengan sumber keperluan dan kapasiti yang terhad, mungkin menjadikan hak ini tidak dapat direalisasikan sepenuhnya dari masa ke masa.

 

Namun, pihak kerajaan masih memiliki kewajipan untuk tidak membeza-bezakan rakyatnya, dan mereka harus membenarkan segala bentuk pemberian bantuan. Pihak berkuasa juga mesti memastikan taraf hidup rakyat minimum untuk setiap masa, terutamanya sumber makanan yang mencukupi.

 

Teruskan tekanan kepada kerajaan Syria

 

Pada Julai tahun lalu, Majlis Keselamatan sekali lagi membenarkan operasi rentas sempadan ke barat laut dan timur laut Syria serta secara tegas mengizinkan penghantaran bantuan rentas sempadan ke kawasan-kawasan tersebut melalui penyeberangan Bab al-Hawa, Bab al-Salam dan al-Yarubiyah selama setahun.

 

Dalam pada itu, penderma antarabangsa harus memberi tekanan kepada kerajaan Syria untuk memudahkan pemindahan bantuan ke semua bahagian di timur laut dan barat laut Syria, dan tidak menghalang aksesnya dengan alasan sewenang-wenangnya, didiskriminasi atau dengan alasan penundaan birokrasi.

 

Apa yang mengejutkan lagi bahawa terdapat idea untuk membiarkan berjuta-juta rakyat Syria yang bergantung harap kepada bantuan.

 

“Semua anggota dewan termasuk Rusia harus fokus terhadap menyelamatkan nyawa, bukan mengorbankan rakyat Syria untuk keuntungan politik semata-mata,” kata Simpson.

 

Selain doa, teruskan juga keprihatinan dengan menyalurkan sumbangan dana kita terhadap saudara-saudara di Syria yang masih mendepani ujian berat itu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia