Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjunjung kasih titah, pendirian dan pandangan-pandangan yang dikemukakan dengan penuh bijaksana oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan DYMM Raja-Raja Melayu melalui Kenyataan Media Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja pada 16 Jun 2021.

 

IKRAM merafakkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang telah mendengar suara hati rakyat yang ditimpa pelbagai beban kesusahan akibat wabak Covid-19, keadaan ekonomi dan sosial yang membimbangkan dan suasana politik yang tidak stabil.

 

IKRAM menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pendirian agar Parlimen segera bersidang sebagai mekanisme semak dan imbang untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat.

 

Titah berkenaan adalah sejajar dengan cadangan yang telah dikemukakan secara bersama oleh IKRAM serta lebih empat puluh (40) rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil pada 15 Jun 2021.

 

IKRAM juga amat menghargai pendapat Raja-Raja Pemerintah akan betapa pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

 

Lanjutan daripada titah, pendirian dan pandangan-pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu berkenaan, IKRAM menggesa agar wabak Covid-19 serta krisis ekonomi dan krisis sosial ditangani oleh kerajaan secara inklusif dengan melibatkan semua pihak berkepentingan dan mengetepikan perbezaan politik.

 

IKRAM sekali lagi menegaskan kesediaan untuk berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang melanda negara tercinta.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia