Manifesto Rakyat: GBM, CSO Platform mohon input masyarakat

SERI KEMBANGAN – Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Platform Pertubuhan Masyarakat Madani untuk Perubahan (CSO Platform) memohon input dan penyerahan masyarakat awam untuk Manifesto Rakyat di bawah 27 tema polisi.

Menurut satu kenyataan media, ini adalah projek kolaboratif yang sangat penting dan bermakna untuk tahun ini di mana ramai mempercayai bahawa kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan.

 

“Manifesto ini bertujuan untuk mengumpul dan mewakili pelbagai suara daripada rakyat Malaysia yang berhajatkan kepada persamaan substantif serta menuju kepada sebuah negara yang harmoni dan progresif,” menurut kenyataan itu.

 

Jelasnya, manifesto ini adalah ringkas dan tepat, dengan tuntutan yang jelas daripada rakyat untuk membimbing pemerintah yang terpilih secara demokratik bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam memelihara semua supaya tidak ada yang ketinggalan.

 

“Manifesto rakyat ini akan mengambil pendekatan dari bawah ke atas, inklusif, gerakan pembinaan gabungan yang meluas dan menyeluruh di mana peserta, yang berkongsi aspirasi dan nilai yang sama, dapat merasai pemilikan manifesto tersebut.”

 

“Ia juga akan memberi ruang suara golongan yang terdedah kepada penganiayaan, yang tidak mempunyai kuasa dan yang terpinggir untuk diwakili dan dipantulkan.”

 

Kata GBM dan CSO Platform, projek manifesto bertujuan untuk memperkasakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan awam dan individu bagi mendapatkan sokongan atau pengiktirafan daripada masyarakat umum dan parti politik.

 

Tambahnya, 27 tema polisi tersebut disusun dalam tiga tonggak iaitu perpaduan dalam kepelbagaian atau bangsa Malaysia; mempromosi, menambah baik dan mempertahan hak, kebebasan masyarakat sivil, dan juga menuju ke arah masyarakat yang adil, saksama dan demokratik.

 

“Isu-isu yang timbul dari lokasi geografi, kumpulan demografi yang terkesan contohnya wanita, kanak-kanak, remaja dan dasar tematik (misalnya keadilan ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembasmian rasuah, reformasi badan kehakiman) akan terbuka untuk diserahkan,” ujarnya.

 

Sebarang cadangan boleh dikemukan melalui borang di pautan http://bit.ly/ManifestoRakyat sebelum tarikh akhir pada 11 Jun 2021. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini projek manifesto rakyat, sila layari laman Facebook https://fb.com/ManifestoRakyat2021.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia